PUBG Mobile: Boyka Kini CEO Bigetron Malaysia

Pemain profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih, Khairunnazri Masli (Boyka) nampaknya diberi peluang lebih cerah dalam karier e-sukan.

Selepas menjadi jurulatih bagi pasukan Indonesia, Bigetron, beliau sekarang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Bigetron Malaysia!

Berita itu diumumkan di Facebook rasmi Bigetron Malaysia yang pertama kalinya membuka cawangan pertamanya di negara ini.

Dalam video berdurasi 1 minit 10 saat itu, Boyka mengatakan pengundurannya dari menjadi jurulatih adalah disebabkan tanggungjawab menguruskan Bigetron Malaysia ini.

Beliau juga berharap untuk memimpin atlet e-sukan Malaysia (Bigetron Malaysia) menjadi yang terbaik di peringkat nasional dan juga dunia.

Boyka bersama AROV Esports sebelum ini menempah nama di liga Asia Tenggara PMCO Spring dan Fall Split malah menjadi jurulatih bagi Bigetron RA yang juga juara PMCO Global diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tahun lalu. 

Menerusi kejohanan berprestij itu, Bigetron bawa pulang RM855,800 sebagai johan.

Foto: Kincir.com

Berita lanjut menyusul..

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+