PUBG Mobile: Empat Anak Malaysia Ini Kini Bermain Untuk Team Secret – Tahniah!

Buat pertama kalinya, organisasi e-sukan Eropah, Team Secret menerjah pasaran Asia Tenggara dengan melamar juara PUBG Mobile Club Open peringkat Malaysia iaitu Team Genexsus.

Kini digelar Secret Genexsus, pasukan yang terdiri daripada anak Malaysia ini seolah bersedia untuk menempuh hala tuju berbeza selepas ini. Mereka adalah Secret BiuBiu, Secret SinB, Secret Alex dan Secret Stewart9k. 

Mengikut rekod, Secret kini mempunyai enam pasukan iaitu Dota 2, PUBG Mobile, Fortnite, Rainbow Six, Rules of Survival dan Age of Empires II. Selain Genexsus, anak Malaysia, Yeik Nai Zheng atau MidOne sudah pun bermain di bawah Team Secret untuk lebih 3 tahun.

Seperti yang disaksikan dalam video pengenalan di atas, Secret menunjukkan rakaman ulang tayang setiap pemain yang mempunyai corak permainan tersendiri.

Team Secret PUBG Mobile ini akan berentap di pusingan seterusnya dalam saringan PMCO iaitu PMCO SEA Semi Final pada Mei ini.

Bekerjasama dengan Ookyo yang dikuasakan oleh Maxis, korang pasti akan nampak kandungan lebih menarik memfokuskan pemain-pemain ini dan mungkin produk baru untuk menyokong pemain game di peranti pintar kelak!

Pastinya berita ini mengejutkan komuniti PUBG Mobile kerana ini adalah kali pertama Secret menaja pasukan Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Dalam perkembangan lain, Paris Saint Germain (PSG) pernah menaja skuad Dota 2, LGD di China dan juga RRQ untuk Mobile Legends di Indonesia.

RELATED NEWS

+