PUBG Mobile: Pasukan Arcadia Dianne ingin perkasa bakat wanita dalam e-sukan

Pasukan PUBG Mobile tempatan, Arcadia Dianne ingin sasar yang terbaik dalam arena e-sukan selain memberikan pendedahan bahawa wanita juga boleh berjaya dalam industri berkenaan.

Skuad yang ditubuhkan pada 15 Julai lalu ini dianggotai oleh lima gadis:

  • Nur Alya Syafiqah M Razif (ARC丶AlyashCG)
  • Nurul Arina Abdul Rahman (ARC丶WienuckCG)
  • Nur Aliah Najwa Abu Kasim (ARC丶LieyaCG)
  • Batrishia Hidayah Mohamed Yusoff ( ARC丶BattyCG)
  • Fatin Athirah Fuzi (ARC丶TyaraCG) 

Dari kiri, Aliah, Arina, Batrishia, Alya dan Athirah

Kapten pasukan, Batrishia berkata, pada mulanya terdapat banyak kali tempoh percubaan dijalankan sebelum mereka kekal dengan lineup yang sekarang ini.

“Pada pendapat saya, menjadi satu cabaran untuk pasukan wanita dalam e-sukan apabila tiada keserasian antara ahli.

“Alhamdulillah, selepas tiga kali percubaan, kami seolah-olah ‘sekepala’ dan dapat bermain dengan begitu serasi,” katanya.

Menurut Batrishia, walaupun berdepan beberapa kritikan, dia tak mempedulikan semua itu dan hanya fokus untuk buktikan yang pemain wanita juga boleh berjaya jika diberi peluang dan ia dibuktikan apabila mereka boleh layak ke final kejohanan PUBG Mobile dan menjadi satu-satunya pasukan wanita berbuat demikian.

Batrishia juga berharap pasukan ini dapat ‘pergi jauh’. Pengasas skuad ini, Mohd Faeez Mohd Fuad juga berkongsi matlamat yang sama.

“Apa yang saya lihat sekarang, tak ramai pasukan wanita di Malaysia untuk PUBG Mobile. Yang daftar untuk scrim pun tidak sampai 500 orang.

“Jadi matlamat jangka panjang ialah melihat mereka menyertai kejohanan-kejohanan utama PUBG Mobile ataupun layak ke PMPL pada masa depan,” katanya.

Faeez.

Pasukan ini juga terdiri daripada jurulatih, Mohd Nasrullah Mohd Azhar dan Nur Annisa Jafri sebagai Pembantu Pengurus. 

Tidak asing dalam arena e-sukan tempatan, mereka pernah mempunyai beberapa pencapaian dalam kejohanan PUBG Mobile: 

  • Top 11 dari 128 pasukan dalam Kejohanan Majlis Belia Kebangsaan, Kelantan
  • Top 6 dari 65 pasukan dalam GG Ready Ladies
  • Top 16 dari 20 pasukan dalam Semi Final Selangor Virtual
  • Layak ke Semi Final Ladies Scrim On The Go

Kata Faeez lagi, semua ahli sudah menunjukkan komitmen mereka dan ini dibuktikan apabila mereka menandatangani perjanjian untuk penajaan bersama Captain Gadget Merlimau, Melaka. Menerusi perjanjian itu, ARC Ladies akan menerima elaun dan perkakasan elektronik untuk meningkatkan mutu permainan mereka.

Kata Pengurus Besar Captain Gadget, Mohd Aminnur Hakim Sabtu, penglibatan Captain Gadget dalam e-sukan adalah untuk meluaskan strategi pemasaran dan penajaan ini adalah inisiatif pertama seumpamanya.

Untuk mengikuti perkembangan mereka, anda boleh ikuti akaun IG: @teamarc.my dan FB: Team Arc Esports.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+