‘PUBG Mobile Pelamin Cintaku’

Siapa sangka, bermula dengan perkenalan dalam PUBG Mobile, dua insan yang juga ‘kaki game’ ini kini bergelar suami isteri.

Bermula dengan ajakan ‘jom main PUBG Mobile sekali, tak cukup lagi seorang,’ membuatkan kehidupan Siti Aisyah Zaid, 22 berubah selepas bertemu cinta hati, Amirul Syahmi Mohd Yazid, 25. 

Waktu menyertai Geng Pisau.

Menceritakan saat awal perkenalan, Amirul berkata, dia yang bermain PUBG Mobile bersama rakan ‘clan’ Geng Pisau tidak cukup seorang lagi ahli di lobby dan buat keputusan untuk ajak kenalan di Facebook menyertainya.

“Saat itu, kami 3 orang dan nak cukupkan empat orang. Saya scroll kawan-kawan di Facebook dan terlihat nama Aisyah.

“Saya pun ajak dia main sekali. Kami masih belum kenal rapat ketika itu, hanya berkawan di FB kerana belajar di sekolah yang sama, SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

“Selepas dia sertai perlawanan itu, dari situ saya tanya nama dia, umur dia dan mula berkenalan,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama MyGameOn.

Hubungan mereka mula membuka lembaran baru apabila rakan-rakannya sering mengusik ketika dalam permainan.

“Kawan-kawan ada mengusik, cakap join lah sekali masuk ‘clan’. Tapi dia (isteri) tak mahu kerana tak cukup hebat ketika itu.

“Saya pun kata, nanti kami ajar macam mana cara nak main PUBG Mobile. Bagi masa. Alhamdulillah selepas dua minggu, dia ada hubungi di Messenger, cakap berminat nak join.

“Dari situ kami kenal lebih rapat kerana dia banyak tanya pasal game,” katanya.

Aisyah kemalangan motosikal di Parit Raja, dua tahun lalu.

Amirul berkata, perkenalan mereka tidak lama kerana selepas berkenalan beberapa ketika, dia mengajak Aisyah untuk berjumpa. Biarpun mengetahui kekurangan isterinya yang lumpuh kedua-dua belah kaki dan berkerusi roda, namun tidak menghalang niatnya untuk mengenal pasangannya itu dengan lebih mendalam.

Selesai latihan praktikal isterinya pada bulan Februari tahun ini, Amirul terus melamarnya untuk berkahwin.

“Waktu kami berjumpa buat kali pertama, belum ada perasaan suka lagi.

“Tapi sejak jumpa kali kedua dan seterusnya, ada rasa suka sama suka dan berkeinginan untuk lebih serius dalam hubungan ini. Bulan November tahun lepas, kami dah hadiri kursus kahwin,” kata Aisyah yang bersyukur suaminya sudi menerima kekurangan yang ada.

Amirul dan Aisyah selamat diijab kabul dalam Majlis Pernikahan Beramai-Ramai yang dianjurkan Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat pada semalam.

Syahmi menghadiahkan isterinya hadiah harijadi bertemakan PUBG.

Kata Aisyah, dia meminati PUBG Mobile kerana ajakan rakan ofis yang berhibur ketika waktu rehat.

“Mula-mula kawan ofis ajak sebab tengok saya duduk menghadap komputer riba seorang diri.

“Mereka suruh saya muat turun PUBG Mobile, main for fun pada waktu rehat. Lama-lama saya enjoy pula main kerana dapat ramai kawan dari dalam dan luar negara,” katanya.

Menurutnya, dia kerap main PUBG Mobile bersama suaminya selepas mereka berkahwin.

“Dulu saya banyak join perlawanan dengan skuad perempuan tapi selepas berkahwin, kami banyak kali duo bersama,” katanya.

Kesemua foto adalah ihsan daripada Amirul Syahmi.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+