PUBG: Penyanyi Rap Caprice Labur Dalam E-Sukan, Berikan Pemain Gaji RM3000 – RM5000

Nak stream dengan gaji bulanan RM3,000 hingga RM5,000? Penyanyi rap tanah air, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berhasrat untuk mencari 2 pemain PUBG Mobile dan 2 pemain PUBG Emulator untuk main game tersebut dan stream di pangsapuri miliknya yang akan ditukarkan kepada gaming house sendiri.

 
 
 
View this post on Instagram

Tag kawan kawan yang gempak main PUBG. Jika anda minat, send your profile to: 016-901-90-35 ❤

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Dalam video pendek di atas, Caprice menyatakan hasratnya untuk melabur dalam e-sukan selain menubuhkan skuad PUBG Mobile sendiri dan menyediakan suasana seperti streamer profesional. Beliau sudah pun membuka sesi uji bakat bagi mencari siapa yang layak untuk posisi itu.

Selain itu, beliau juga akan bertanggungjawab untuk penjenamaan, pemasaran dan penajaan bagi skuad yang akan dibentuk itu. Langkah ini mungkin adalah untuk memastikan jenama Caprice ini diketahui meluas kepada semua komuniti gamers kelak.

Bagi yang berminat, korang boleh buat tiga perkara penting dan hubungi nombor ini, +6016-9019035: 

  • Hantarkan rekod markah tertinggi korang dalam PUBG 
  • Selitkan sekali video highlights korang yang awesome gila dalam permainan; contoh dapat WWCD
  • 10 saat video kenapa korang nak sangat sertai skuad Caprice

Caprice mengakhiri videonya dengan kata penutup “Mari sama-sama dapatkan Chicken Dinner dan menjana pendapatan!,”

Sumber: Instagram

RELATED NEWS

+