Qian Adalah Satu-Satunya Gadis Yang Bermain Di MPL MY/SG Musim Kelima

Agak jarang melihat kelibat wanita di pentas profesional, lagi-lagi Mobile Legends: Bang Bang. Namun, itu semua berubah apabila Tan Qian Lin atau Qian menjadi salah seorang pemain aktif bagi pasukan Singapura, Notorious Villains (NV) di Liga Profesional MLBB Malaysia & Singapura (MPL) Musim Kelima.

Semalam, gadis ini berjaya membuktikan prestasi luar biasa sebagai peranan marksman, membantu NV untuk memenangi perlawanan pada minit akhir.

Jika diperhatikan dalam video di bawah, perhatikan bagaimana Qian menggunakan Karrie, satu hero kegemaran di musim liga kali ini.

Perhatikan pada minit 3:04:29 di mana perlawanan mereka ke atas Todak berlangsung.

Sedikit mengenai latar belakangnya, sebelum ini dia pernah menyertai pasukan all-girls iaitu Girlaxy dan Belletron (Bigetron Indonesia).

Bukan hanya Qian, penglibatan wanita dalam arena e-sukan tanah air pernah ditunjukkan sebelum ini dalam PUBG Mobile apabila Missfarr menjadi kapten bagi pasukan Junior Talent bertanding di liga PMCO selama lima minggu.

Foto: Instagram @Qian.xx

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+