Rainbow Six Siege Akan Hadir Ke PlayStation 5 – Kata Ubisoft

Permainan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege (R6) kini menjadi salah satu permainan multi-pemain paling popular di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Dilancarkan pada tahun 2015, R6 masih mendapat kandungan baru daripada Ubisoft sehingga hari ini. Oleh itu, penulis tidak rasa terkejut mengetahui Ubisoft berhasrat untuk membawa R6 ke konsol generasi seterusnya.

Leroy Athanassof, Pengarah R6 di Ubisoft, menyatakan permainan tersebut semestinya akan hadir ke PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X pada hari pelancaran konsol-konsol tersebut.

Beliau berkata, “Apa yang saya boleh beritahu ialah Rainbow Six Siege boleh dimain melalui konsol-konsol generasi akan datang pada hari pelancaran. Untuk waktu ini, itulah sasaran kami untuk Siege.”

Untuk memastikan pemilik PS5 tidak dipinggirkan oleh kawan-kawan yang masih menggunakan PS4, beliau juga berkata Ubisoft tengah mengusahakan fungsi permainan antara generasi (cross-generation play).

Setakat ini, R6 mempunyai 55 juta pemain berdaftar dan merupakan antara permainan paling popular di Steam.

Sumber: Windows Central

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+