Razer kini Rakan Peralatan Gaming Moonton untuk kejohanan M2

Moonton, pembangun Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), telah mengumumkan Razer sebagai Rakan Peralatan Gaming mereka untuk kejohanan dunia M2.

Kerjasama ini akan menghasilkan sebuah headset Razer BlackShark V2 yang menonjolkan ilustrasi watak Miya dari MLBB. Ilustrasi ini direka dan dilukis tangan oleh penghibur visual dari Indonesia, Shanetortilla.

Razer BlackShark V2. Baca ulasan kami di sini.

Moonton akan mengedarkan headset ini kepada pempengaruh mereka yang paling popular sebagai tanda penghargaan. Para peminat MLBB juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh Razer.

Salah satu aktiviti yang diadakan ialah M2 Legendary Loot Hunt. 10 pemenang pertama aktiviti ini akan memenangi pakej LEGENDARY dari Razer dan Moonton.

Semua aktiviti-aktiviti ini akan berlangsung dari 18 hingga 24 Januari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti tersebut, anda boleh melayari laman web rasmi Razer.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+