Razer Mengumumkan Telefon Pintar Gaming Pertama Mereka
2017-11-06T04:36:34
By: Hazril Md Nor

Razer Mengumumkan Telefon Pintar Gaming Pertama Mereka

 

Razer sebelum ini melaporkan akan memperkenalkan telefon pintar gaming terbaru mereka dan ia menjadi kenyataan hari ini!

Diberi nama Razer Phone, ia adalah telefon pintar gaming pertama dari syarikat yang dikenali dengan produk gaming untuk pengguna. Menariknya, ia berbeza dengan telefon pintar lain kerana boleh mengendalikan game dengan lebih lancar dan tiada masalah untuk penstriman filem beresolusi tinggi.

RAZER Phone. FOTO: razerzone.com

Ia didatangkan dengan skrin 120 Hz UltraMotion yang dikatakan membuat gameplay korang smooth gila, Dolby ATMOS dan audio yang disahkan oleh THX.

Ia turut dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 835 dan RAM sebesar 8GB, dwi kamera 12 MP dan bateri berkapasiti 4,000 MAH. Lepas ini tak ada lagi masalah bateri low bila nak main game sepanjang hari!

Saiznya cukup sesuai untuk gaming dengan skrin 5.7 inci dikuatkuasakan resolusi 2,540×1,440. Tapi ia agak mengecewakan sesetengah pengguna kerana ketiadaan headphone jack. Bagaimanapun, CNET dalam satu kenyataannya berkata, ia akan didatangkan bersama adapter dongle USB-C di dalam kotak.

BOLEH bermain kebanyakan game tanpa masalah penurunan FPS. FOTO: razerzone.com

Tarikh pelancarannya adalah 17 November ini dengan harga AS$699 (kira-kira RM2,900+). Tapi setakat ini tiada lagi pengumuman untuk pasaran Malaysia. Maklumat lanjut mengenai smartphone gaming ini boleh didapati di sini.

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
MPL: EVOS SG mara ke Grand Final
4 days ago
MPL: Resurgence akhirnya tumbang jua.. tahniah Orange Louvre Esports!
4 days ago
#PMPLSEA: Yoodo Gank garang, berjaya Chicken Dinner
4 days ago
#PMPLSEA: Team Secret kini menduduki tempat ketiga
5 days ago
MPL: Hyhy punya Chou tak boleh bawa bincang
5 days ago
MPL: Team Bosskurr tersingkir, Orange Louvre Esports mara