rasmi dilancarkan."> rasmi dilancarkan." /> rasmi dilancarkan." />

Rekaan Sonic The Hedgehog Dalam Filem Bakal Dirombak Balik Berikutan Sambutan Hambar Dari Netizen

Beberapa hari lalu, trailer pertama filem live-action Sonic the Hedgehog telah rasmi dilancarkan.

Walaubagaiamanpun, reaksi orang ramai terutamanya dalam kalangan peminat tegar tidak memberangsangkan di media sosial kerana rekaan Sonic the Hedgehog agak… pelik. Kebanyakkan artis mengambil initiatif sendiri mengubahsuai rekaan landak ikonik Sonic ini menjadi lebih baik. Inilah beberapa contoh pengubahsuaian rekaan:

Perkara ini diambil begitu serius oleh netizen dan pengarah filem Sonic the Hedgehog, Jeff Fowler akur akan rintihan mereka. Menurut laman Twitter rasmi miliknya, Fowler mengesahkan mereka akan menukar rekaan Sonic dalam filem sebelum ditayangkan di layar perak.

“Anda tidak gembira dengan rekaan dan mahukan perubahan. Ini bakal berlaku. Semua pihak dari Paramount dan Sega berkomited untuk menghasilkan rekaan karakter sebagus mungkin,” kata Fowler dalam kenyataan Twitter tertera di bawah:

Namun, Fowler tidak memberi penjelasan yang terperinci bagaimana mereka akan menjayakan langkah ini sebelum menjelang tayangan rasmi pada bulan November ini.

Secara automatik, kami terus terfikir kesemua pasukan animasi dan efek terpaksa bekerja keras untuk mengubahsuai rupa Sonic the Hedgehog yang mana kami jangka akan muncul dalam setiap minit dalam filem ini. Mereka cuma ada masa sebanyak 7 bulan untuk lakukan ini. Fuh…

Walau apa-apa pun, ini pertama kali kami lihat reaksi netizen menghasilkan impak begitu kuat sehingga pengarah filem terdorong untuk ubah rekaan teraju utama. Agak-agaknya kalaulah sosial media wujud pada tahun 1990-an, apa akan terjadi kepada filem live-action Super Mario Brothers ini…

RELATED NEWS

+