Resident Evil 2 Berharga RM50 Dan Tawaran Menarik Lain Dalam Capcom Publisher Sale

Tahun 2019 merupakan antara tahun paling beruntung untuk Capcom, syarikat penerbitan dan pembangunan permainan video Jepun yang terkenal dengan siri Resident Evil, Monster Hunter, dan banyak lagi.

Ibarat menyambut kejayaan tersebut, Steam kini tengah mengadakan jualan permainan yang diterbitkan oleh Capcom. Jualan tersebut akan berakhir pada 17 Februari 2020.

Terdapat banyak permainan yang berbaloi dibeli dalam jualan tersebut. Ini ialah lima pilihan terbaik pada pendapat penulis:

 

1. Resident Evil 2 Remake

Harga jualan: RM45.87

Harga asal: RM139.00

Kalau anda minat permainan seram, judul terbaru daripada siri Resident Evil semestinya pilihan yang bagus. Jangan risau, anda tidak perlu tahu jalan cerita Resident Evil yang pertama untuk menikmati Resident Evil 2.

Anda akan ada pilihan untuk bermain sebagai salah seorang daripada dua watak iaitu Leon Kennedy dan Claire Redfield. Kedua-duanya memerolehi senjata-senjata dan menempuhi cabaran yang berbeza.

 

2. Monster Hunter World

Harga jualan: RM64.68

Harga asal: RM98.00

Ramai orang berpendapat Monster Hunter merupakan siri permainan yang membingungkan dan sukar untuk dipelajari.

Pendapat sebegitu tidak semestinya benar apabila bercakap tentang Monster Hunter World (MHW). Kalau anda tidak pernah main satu pun permainan Monster Hunter, anda tetap boleh menikmatinya.

Apa yang membuatkan MHW sebuah permainan yang seronok ialah aspek multi-pemainnya. Anda boleh memburu raksasa gergasi bersama tiga orang rakan-rakan.

Selain itu, setiap senjata dalam MHW mempunyai cara permainan tersendiri dan secara keseluruhannya terdapat 14 jenis senjata termasuk senjata jarak jauh seperti busur dan panah.

 

3. Devil May Cry V

Harga jualan: RM45.87

Harga asal: RM139.00

Kalau anda minat permainan aksi, Devil May Cry V (DMC V) ialah permainan yang anda patut beli. Ia mempunyai permainan perlawanan pedang dan senjata api yang pantas dan bergaya.

Kalau anda tak pernah main mana-mana permainan Devil May Cry, usah khuatir. Jalan cerita dalam DMC V mudah untuk difahami dan tidak begitu penting untuk menikmati permainan ini secara sepenuhnya.

 

4. Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy

Harga jualan: RM34.50

Harga asal: RM69.00

Bercita-cita nak jadi peguam sejak kecik tetapi tidak kesampaian? Tak apa, anda boleh jadi seorang peguam hebat dalam trilogi Phoenix Wright: Ace Attorney.

Anda perlu temuduga suspek, kumpulkan bukti, dan berhujah dalam mahkamah untuk pastikan setiap mangsa dan ahli keluarga mereka mendapat keadilan.

 

5. Resident Evil 7

Harga jualan: RM34.50

Harga asal: RM69.00

Sebelum Resident Evil 2 Remake dilancarkan, ramai peminat Resident Evil jatuh cinta semula dengan siri tersebut melalui Resident Evil 7 (RE 7).

Ia merupakan permainan Resident Evil pertama yang dimainkan melalui perspektif first-person. Aspek ini berjaya memberi nafas baru kepada formula Resident Evil.

Jalan cerita RE7 ditulis untuk memastikan pemain yang baru pun boleh memahaminya. Oleh itu, jangan risau kalau anda bukan peminat siri Resident Evil.


Terdapat banyak lagi permainan yang dijual pada harga rendah dalam jualan terbitan Capcom di Steam seperti Okami HD, MegaMan 11, dan banyak lagi.

Pastikan anda menyemak katalog jualan ini di Steam supaya anda tidak ketinggalan untuk membeli permainan Capcom yang best!

Jualan ini akan berakhir pada 17 Februari 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+