Review – Contra: Return Menghidupkan Kembali Nostalgia Game Run & Shoot Tahun 80-an
2018-09-21T05:47:47
By: Intan Mawarni

Review – Contra: Return Menghidupkan Kembali Nostalgia Game Run & Shoot Tahun 80-an

 

Masihkah korang ingat Contra yang menjadi cukup popular dahulu? 

Secara asalnya, Contra adalah game bertemakan shoot em’ up yang dibangunkan dan diterbitkan untuk sebuah game mesin arked pada 20 Februari 1987. Setahun selepas itu, Contra diberikan nama baru iaitu Super Contra dan dilancarkan untuk beberapa platform termasuk konsol Nintendo Entertainment System serta pelbagai format komputer.

Perbezaan ketara Contra dahulu dan sekarang

Populariti Contra masih segar di hati peminat kerana siri ini merupakan antara yang terawal mempamerkan gameplay co-op serentak dalam perspektif 3D. Siri game bertemakan action-adventure menjadi cukup sinonim antara ramai pemain sampai setakat ini, kira-kira 18 game sudah dilancarkan di bawah francais Contra dalam pelbagai platform seperti PC, PlayStation 1, 2 & 3, Xbox, Game Boy dan Android serta iOS.

Kini, kenangan pemain menembak ke arah musuh sambil melompat-lompat dibangkitkan semula melalui kerjasama antara Konami dan Tencent sebagai sebuah game mobile free-to-play berjudul Contra: Return. Pada mulanya, game ini dilancarkan secara ekslusif di pasaran China pada tahun lepas.

Pada tahun ini, Garena berjaya memeterai kerjasama antara kedua-dua syarikat Jepun dan China untuk membawakan Contra: Return ke pasaran Asia Tenggara dikeluarkan pada 20 September 2018. Jom baca review kami!

Unit tempur khas Contra menerjah masuk

Sekali lagi, Contra: Return dibintangi oleh protagonis klasik, Bill Rizer yang dianggap sebagai askar paling hebat dari unit tempur khas Contra. Pada tahun 2638, sebuah objek kosmik menembus masuk ke atmosfera bumi, lalu mencipta satu fenomena luar biasa di mana raksasa-raksasa alien menyerang bumi dan membentuk satu kawasan ‘gelap’ yang bakal mengubah landskap bumi.

Curut itu masih lagi melekat di mulut Bill walaupun sudah kalahkan ramai penjahat

Ketika Bill dalam perjalanan pulang ke markas Contra, Bill ditugaskan untuk satu misi khas untuk menyiasat aktiviti mencurigakan yang berlaku di kepulauan Galuga berdekatan New Zealand. Menurut laporan, sebuah organisasi keji dipanggil sebagai Red Falcon muncul kembali dan cuba membuka operasi sebuah markas rahsia bawah tanah di kepulauan Galuga.

Sebaik tiba sahaja di kepulauan Galuga, Bill diarahkan untuk menyelinap masuk markas dan menghapuskan ancaman Red Falcon di kepulauan berkenaan bersama-sama seorang askar dalam unit yang sama bernama Han Feng.

Han Feng antara hero baru yang menyertai misi Bill

Ancaman Red Falcon tidak berakhir di situ sahaja apabila mereka menerjah masuk ke sebuah makmal yang penuh dengan zombi. Ini semua berpunca kepada eksperimen pengklonan gagal oleh Dr. Geo Mandrake dengan harapan untuk menghidupkan kembali anak perempuan kesayangannya yang telah lama meninggal dunia.

Berhadapan dengan ancaman baru, Bill, Han Feng bersama hero-hero lain dari unit Contra dan juga rakan seperjuangannya, Lance Bean harus bersatu bagi membendung semua serangan bertalu-talu dari Red Falcon, alien dan zombi.

Lari, tembak, upgrade dan tembak lagi

Dari aspek gameplay, ciri tradisional lari, tembak dan lompat Contra masih lagi dikekalkan tetapi diperbaharui dan disesuaikan dengan era moden gaming.

Contra: Return diselitkan dengan elemen RPG di mana pemain boleh leveling, unlock hero-hero baru, mengumpul senjata, armor dan kenderaan serta korang boleh upgrade kesemua ini menggunakan gold iaitu duit in-game ataupun diamond yang menggunakan duit sebenar.

Sepanjang korang main game ini, korang akan diberikan kualiti senjata juga berbeza-beza mengikut warna iaitu warna putih paling berkuasa rendah manakala warna emas paling berkuasa tinggi. Hero juga dibahagikan mengikut kelas berdasarkan skil mereka iaitu tahap A, B dan S.

Contra: Return menggunakan kawalan joystick game MOBA sama seperti Mobile Legends dan Arena of Valor. Berbanding game Contra lepas, setiap karakter diberikan dua slot senjata yang boleh ditukar-tukar sepanjang dalam combat, tiga slot untuk Super Weapon dan dua skil aktif hero.

Lebih-lebih lagi, nyawa setiap hero lebih panjang dan banyak, jadi mengalahkan musuh dan bos di akhir tahap tidaklah begitu susah berbanding dari game Contra dahulu. Terdapat juga power-up yang terapung di udara di mana pemain boleh tembak untuk dapatkan nyawa tambahan, upgrade senjata dan bermacam-macam lagi ketika bermain story mode.

Pelbagai mod disediakan

Melalui story mode, pemain akan menghayati jalan cerita di sekitar kepulauan Galuga dan tempat lain yang dipecahkan kepada beberapa bab-bab kecil bagi mengumpul kad untuk upgrade hero, armor, senjata dan poin experience untuk naik level. Korang juga tak semestinya guna Bill sahaja untuk story mode tapi kebanyakkan dialog merujuk kepada dia.

Kira-kira enam mod disediakan dan setiap mod ada lagi pembahagian kecil! Memang banyak.

Meskipun ini adalah game percuma, banyak mod disediakan untuk Contra: Return seperti mod PvP, Daily, Arena, Challenge dan juga mod yang dinanti-nantikan ramai peminat Contra iaitu co-op dipanggil sebagai Duo. Namun, korang kena rajin grind dalam story mode sehinggalah korang sampai ke level 20 untuk unlock kesemua mod ini.

Setakat ini, saya baru sahaja unlock mod PvP iaitu sebuah mod multiplayer di mana pemain akan bertempur dengan pemain lain untuk meningkatkan senjata dan armor dalam Dual Mode. Saya sempat mencuba Warm-up Match di mana pemain harus bertarung dengan pemain sebanyak tiga kali untuk memenangi perlawanan itu.

Terdapat buff tambahan nyawa dan perisai sementara untuk menyekat serangan musuh dan korang boleh terjah lawan juga! Korang boleh saksikan pertarungan sengit di bawah:

Kesimpulannya…

Contra: Return ada zombi yang boleh regenerate nyawa. Tak aci.

Pemain veteran mungkin sedikit kecewa kerana Contra: Return memberikan permainan jauh lebih senang berbanding game terdahulu yang hanya diberikan tiga nyawa sahaja.

Namun, sebagai pemain generasi baru, Contra: Return berjaya memberi nafas baru untuk menarik perhatian pemain seperti saya yang tidak berpeluang untuk main versi asal Contra pada tahun 80-an. Versi mobile ini juga mengembangkan penceritaan Bill Rizer dan askar Contra lain berdepan dengan musuh baru selain Claudius dan Red Falcon. 

Bagi saya, pengenalan karakter lain selain Bill dan Lance mengikut gaya MOBA terkini bagi pemain boleh pilih sebanyak 20 hero dengan kebolehan unik tersendiri untuk pelbagai mod supaya pemain tidak rasa kebosanan setelah selesai story mode. Tambahan pula, Garena akan menambah lagi hero baru dalam patch akan datang!

Korang boleh pilih seramai 20 hero dan 38 senjata yang korang boleh ubah suai sendiri juga.

Oleh kerana Contra: Return adalah game percuma untuk bermain, korang haruslah berdedikasi grinding untuk dapatkan senjata, super weapon, armor dan hero yang gempak-gempak tapi… korang boleh pilih jalan mudah iaitu top-up duit betul dan beli terus barang korang suka dalam game.

Secara keseluruhan, Contra: Return meningkatkan keseluruhan kualiti francais Contra dari segi gameplay dan grafik dengan menerapkan elemen-elemen mobile RPG dan kawalan joystick MOBA yang lebih sesuai digandingkan untuk pemain zaman kini.

Contra: Return sudah dilancarkan untuk Android dan iOS.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 week ago
Mobile Legends: Freya Revamped, Lebih Kuat, Ganas!
1 week ago
Mobile Legends: Flameshot OP? Ini Komen Ikuto, Terence Dan Gideon
1 week ago
PMPL Malaysia Dan Singapura Ditangguhkan Kerana Wabak COVID-19
1 week ago
[Review] Nioh 2 – Mencabar Tapi Memuaskan
1 week ago
Pelakon Indonesia, Joe Taslim Adalah Karakter Baru Dalam Free Fire
2 weeks ago
Naruto: Slugfest Akan Tiba Pada 20 Mac 2020