Tahun 2019 merupakan tahun gilang-gemilang untuk industri animasi Malaysia dengan pelancaran dua filem animasi iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan Boboiboy Movie 2. Kini, Ejen Ali yang dihasilkan oleh Wau Animation bersama sokongan Primeworks Studios dan MDEC melengkapkan segi tiga emas industri animasi tanahair dengan kemunculan filem Ejen Ali The Movie."> Tahun 2019 merupakan tahun gilang-gemilang untuk industri animasi Malaysia dengan pelancaran dua filem animasi iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan Boboiboy Movie 2. Kini, Ejen Ali yang dihasilkan oleh Wau Animation bersama sokongan Primeworks Studios dan MDEC melengkapkan segi tiga emas industri animasi tanahair dengan kemunculan filem Ejen Ali The Movie." /> Tahun 2019 merupakan tahun gilang-gemilang untuk industri animasi Malaysia dengan pelancaran dua filem animasi iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan Boboiboy Movie 2. Kini, Ejen Ali yang dihasilkan oleh Wau Animation bersama sokongan Primeworks Studios dan MDEC melengkapkan segi tiga emas industri animasi tanahair dengan kemunculan filem Ejen Ali The Movie." />

Review: Ejen Ali The Movie Berjaya Meningkatkan Taraf Kualiti Animasi Malaysia Setaraf Hollywood!

Tahun 2019 merupakan tahun gilang-gemilang untuk industri animasi Malaysia dengan pelancaran dua filem animasi iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan Boboiboy Movie 2. Kini, Ejen Ali yang dihasilkan oleh Wau Animation bersama sokongan Primeworks Studios dan MDEC melengkapkan segi tiga emas industri animasi tanahair dengan kemunculan filem Ejen Ali The Movie.

Selepas dua musim ditayangkan di saluran televisyen TV3, siri animasi tempatan Ejen Ali menyambung kembali kisah Ali, seorang pelajar sekolah rendah yang tidak sengaja menjumpai sebuah gajet berteknologi tinggi dipanggil sebagai Infinity Retinal Intelligence System (IRIS). Gajet ini berkebolehan untuk menganalisa keadaan sekeliling dengan menggunakan kuasa data terkumpul secara pantas tetapi mempunyai kelemahan besar. Namun, IRIS adalah satu-satunya gajet ini hanya boleh digunakan khas untuk Ali sahaja. 

Sejak dari itu, hidup Ali berusia 12 tahun telah berubah secara mendadak dengan sertai agensi perisikan rahsia, MATA atau dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency dan lalui cabaran untuk mengalahkan musuh-musuh Cyberaya sambil melatih diri untuk meningkatkan kebolehannya sebagai ejen MATA bersama pakciknya, Ejen Bakar dan kawan lawan, Ejen Alicia.

Ejen Ali The Movie pasal apa?

Dalam filem pertama untuk Ejen Ali, keselamatan Cyberaya diancam dengan cubaan serangan pengganas atas Datuk Bandar, Dato’ Othman. Korang mengikuti kisah Ali bersama Bakar dan Alicia serta keseluruhan MATA ditugaskan untuk menyiasat dalang di sebalik serangan.

Melalui pemerhatian MATA terhadap Ali, agensi itu mencipta peningkatan gajet berkenaan dipanggil sebagai IRIS: NEO yang meningkatkan kebolehan seseorang ejen dengan satu kelebihan besar iaitu boleh mengawal Override Mode. 

Kelemahan terbesar Override Mode IRIS ini ialah jika Ali masuk dalam Override Mode, dia tidak sedar apa yang dia tengah lakukan dan mungkin mencederakan orang. Tetapi, Override Mode untuk IRIS NEO beri laluan kepada pemakai untuk mengawal alat teknologi di sekeliling mereka. 

IRIS khas hanya boleh digunapakai oleh Ali

Walaupun Ali semakin maju dalam kebolehannya mengawal IRIS dengan ciptaan sendiri ATLAS iaitu gajet yang membolehkan pemakai melihat data IRIS, IRIS bukan lagi eksklusif untuk Ali sahaja. Ini menyebabkan Ali tidak berasa dihargai oleh MATA lagi. 

Ketika menjalankan misi terpenting ini, Ali terserempak dengan seorang individu misteri bernama Niki yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan salah satu ahli keluarganya. Ali terpaksa berdepan dengan cabaran paling besar pernah dihadapi dalam hidupnya: setia bersama MATA atau mengorak langkah baru untuk mengetahui rahsia sebenar di sebalik keluarganya sekaligus merisikokan hubungannya bersama MATA?

Apa yang syok tentang Ejen Ali The Movie?

Ejen Bakar, Ali bersama Comot si kucing dan Alicia menyelamatkan keadaan

Ejen Ali The Movie ini lain daripada yang lain bukan sekadar terletak kepada kualiti animasi sahaja. Apa yang membuatkan saya tertarik kepada Ejen Ali adalah penceritaan kartun yang boleh dinikmati oleh semua lapisan umur. Dialog animasi ini tidak berasa begitu janggal atau kebudak-budakkan dan diselitkan dengan babak-babak lawak tak kering gusi. 

Dialog yang diterapkan dalam filem ini mendorong penceritaan lebih bermakna buat Ali dan watak-watak sampingan seperti Alicia, Bakar dan kawan karibnya, Victor. Filem ini berjaya menunjukkan semangat kekitaan dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia yang hidup secara harmoni tanpa menunjukkan apa-apa stereotaip. 

Ali dilakonsuara oleh Ida Rahayu Yusoff

Aksi dalam filem ini sangatlah gempak. Penonton melihat pergerakan aksi memukau tampak realistik tanpa henti sejak minit pertama filem Ejen Ali The Movie. Korang memang terkesima dengan aksi-aksi sehinggalah ke adegan pertarungan terakhir seolah-olah korang sedang menonton Avengers: Endgame!

Lakonan suara tidak kurang juga hebatnya terutamanya Ida Rahayu Yusoff yang memegang watak sebagai Ali. Persembahannya sebagai Ali mencakupi segala emosi yang cukup memberi kesan mendalam terhadap filem ini. Ejen Ali The Movie ini mempersembahkan runut bunyi yang berjaya melengkapkan keseluruhan filem animasi ini tak kiralah dari muzik latar belakang mahupun lagu-lagunya seperti Kita Jaga Kita yang didendangkan Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah serta Bukalah Matamu oleh Aisyah Aziz dan Bunga.

Berbaloi ke tengok Ejen Ali The Movie di pawagam?

Ketua-ketua teras MATA beraksi. Dari kiri: Djin, Dayang, Zain dan Ganz

Bagi yang tidak pernah menonton siri animasi Ejen Ali, jangan risau. Filem ini bertindak sebagai satu stand-alone yang mana korang boleh menikmati filem ini tanpa apa-apa pengetahuan tentang Ejen Ali. Jadi, korang tiada masalah untuk bawa seisi keluarga menonton Ejen Ali The Movie di pawagam.

Walaubagaimanapun, ia lebih manis jika korang menonton siri animasi terlebih dahulu kerana korang boleh memahami perjuangan sebenar MATA dengan ketua-ketua teras dan motivasi sebenar karakter-karakter lain dalam Ejen Ali kecuali kemunculan watak baru iaitu Niki, Ejen Fit dan Ejen Bobby. Kepada peminat tegar Ejen Ali, korang tentu boleh menangkap penampilan-penampilan istimewa yang berterabur di setiap genap filem ini! 

Kemunculan ejen baru menggunakan IRIS: NEO, Ejen Fit dan Ejen Bobby

Ejen Ali The Movie berjaya meningkatkan satu lagi tahap dalam penghasilan kualiti  Malaysia dengan penceritaan menyeronokkan dan menyentuh hati untuk semua lapisan masyarakat dengan aksi mantap bersama runut bunyi yang memberi impak padu kepada perjalanan Ali. 

Filem ini juga sesuai ditujukan kepada mereka yang belum mengenali Ejen Ali. Kalau nak lihat semua musim Ejen Ali, siri ini kini boleh ditonton melalui YouTube dan musim pertama Ejen Ali juga ditayangkan di Netflix.

Ejen Ali The Movie kini telah ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Pastikan jangan lupa untuk menonton dua babak istimewa kredit akhir selepas selesai tayangan filem! Apa lagi, BERTINDAK SEGERA!

RELATED NEWS

+