[Review]: Kemaskini terbesar Ragnarok Mobile: Eternal Love 2.0 dilancarkan
2021-04-04T13:59:51
By: Editorial team

[Review]: Kemaskini terbesar Ragnarok Mobile: Eternal Love 2.0 dilancarkan

 

Ragnarok M: Eternal Love telah dilancarkan pada 28 November 2018. Permainan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ia mengimbau kenangan para-para pemain veteran MMORPG Ragnarok Online di pelantar pc dahulu.

Setelah tiga tahun berlalu, permainan ini masih lagi mempunyai komuniti yang besar di kalangan pemain. Untuk mengupas kemaskini yang terbaru ini, penulis ingin kongsikan perubahan-perubahan yang telah diperkenalkan oleh pembangun.

 

VISUAL YANG LEBIH CANTIK

Pemain veteran Ragnarok M: Eternal Love pasti akan merasai perubahan dari segi visual ini. Animasi  permainan nampak lebih smooth dan menarik. Perubahan ini seolah-olah memberikan nafas baru kepada permainan itu. Ia nampak seperti sebuah permainan yang  lain.

Selain itu, seni reka bentuk bangunan juga telah berubah di mana bandar Prontera, Izlude, Payon dan sebagainya telah dikemaskini menjadi lebih detail dan menarik. Pemain veteran yang sudah berhenti bermain pasti akan terpesona dengan perubahan yang telah dibuat.

 

ANTARAMUKA YANG BARU

Antaramuka (UI) juga tidak terkecuali di dalam perubahan ini. Dengan kemaskini 2.0 ini, UI yang baru ini tampak lebih kemas dan mudah untuk diakses berbanding dahulu. Reka bentuk UI tersebut juga nampak lebih menyenangkan di mata para pemain.

Di samping itu, terdapat juga mod kamera baharu. Para pemain boleh memilih 3 mod kamera yang berlainan di antara fixed camera, 2.5D dan 3D. Mod fixed camera ini menyerupai era Ragnarok Online dahulu kala. 2.5D merupakan mod yang biasa digunakan di Ragnarok M: Eternal Love manakala mod kamera 3D memberikan akses kepada para pemain untuk mengubah gerakan kamera tersebut.

 

WATAK BARU: NINJA

Kemaskini 2.0 ini juga telah memperkenalkan watak baharu iaitu Ninja, untuk pemain yang mahu menjadi Ninja, mereka perlu pergi ke bandar  baru  yang dinamakan Cryptura Academy dan harus mengikuti tutorial yang akan diberikan.

Selain itu, Ninja mempunyai banyak kuasa yang unik. Mereka mempunyai 3 cabang untuk dipilih iaitu Flowing Blade, Wind Monster dan Ninjutsu. Setiap cabang mempunyai corak permainan yang berlainan, jadi anda harus memilih cabang yang sesuai dengan anda.

 

KESIMPULAN

Ragnarok M: Eternal Love 2.0 merupakan kemaskini yang dinantikan oleh semua para pemain selama ini. Visual yang menarik yang setanding dengan MMORPG yang baru dikeluarkan, corak permainan sekarang telah berubah di mana para pemain perlu grind kelengkapan mereka untuk menjadikan watak mereka kuat dan farming menjadi pilihan yang kedua. Sebelum ini farming dan juga grinding harus sama rata menjadikan para pemain sulit untuk memperkuatkan watak mereka.

Bagi pemain veteran Ragnarok Online mahupun peminat MMORPG yang lain, anda harus mencuba permainan ini untuk merasai kelainan serta kesoronokan yang luar biasa. Kemaskini yang terbaru ini ternyata lain dari yang lain. Ia adalah 100% percuma untuk dimuat turun di dalam pelantar Google Playstore dan juga Appstore.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
PMPL: Dingoz MPX layak ke SEA Final
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX hampir ke SEA Final, beza hanya 5 mata dengan Team Secret
3 days ago
EVOS Legends mempunyai hero pool yang kecil? Ini jawapan Taxstump – Penganalisa EVOS Legends
4 days ago
PMPL: Yoodo Gank bukan lagi tempat pertama, slot SEA akan jadi milik pasukan lain
4 days ago
Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG