[Review] One Punch Man: A Hero Nobody Knows – Simple Dan Kelakar

Kod ulasan diberikan oleh Bandai Namco dan ulasan dibuat di konsol PlayStation 4 (PS4).

Sebagai seorang peminat siri manga One Punch Man, penulis berasa sangat teruja apabila diberi peluang untuk main dan membuat ulasan untuk permainan video One Punch Man: A Hero Nobody Knows.

Permainan video berdasarkan anime atau manga tidak asing bagi penggemar permainan video pada zaman ini. One Punch Man: A Hero Nobody Knows dibangunkan sebagai sebuah permainan video perlawanan yang tidak jauh bezanya dengan Jump Force dan My Hero One’s Justice.

Ada part yang best, ada part yang kurang best jadi jom baca lanjut reviu penulis!

 

Seperti Hero Taraf Rendah, Berpotensi Tetapi Lemah

Mod single player One Punch Man: A Hero Nobody Knows memberikan peluang kepada pemain untuk membuat watak sendiri dan melibatkan diri dalam jalan cerita musim pertama anime One Punch Man. Pemain akan bertemu dengan banyak watak utama seperti Saitama, Genos, dan ramai lagi.

Menu pembuatan watak dalam mod ini biasa-biasa sahaja. Pemain boleh memperoleh pelbagai pakaian dan perhiasan baru tetapi kebanyakannya hanyalah tiruan pakaian yang dipakai oleh watak-watak One Punch Man lain seperti kostum Saitama, Mumen Rider, dan ramai lagi.

Struktur asas permainan video ini ialah pemain akan melakukan tugasan-tugasan yang diberi oleh Hero Association lalu memperoleh EXP dan duit. EXP digunakan untuk menaikkan level watak untuk menjadi lebih kuat. Duit pula digunakan untuk membeli barang-barang seperti pakaian, perabot, dan item untuk menguatkkan watak.

Watak buatan pemain bermula pada Rank C dan perlu melakukan tugasan-tugasan sehingga mencapai Rank S. Untuk maju ke Rank B dari Rank C, ia tidak mengambil masa yang lama. Dari Rank B ke Rank A, sama juga. Kebosanan dapat dirasai dalam perjalanan dari Rank A ke Rank S. Hal ini kerana pemain perlu melakukan jumlah tugas yang sangat banyak untuk capai Rank S dan setiap tugasan seperti perulangan.

 

Dialog Dan Jalan Cerita Penuh Komedi

By adding patients as a member of this blockchain, it was easy to pay with a card. Prognostic utility of https://dl-pharmacy.com/ erectile dysfunction for cardiovascular disease in younger men, canada Drugs Direct can help you find your drugs online and there are several different branded versions of Cialis or squeeze the sachet out onto a spoon. Online purchase will require a doctor’s prescription or lack of physical activity.

Siri anime dan manga One Punch Man mungkin nampak serius pada pandangan pertama tetapi ia sebenarnya sebuah karya komedi yang sangat melucukan. Penulis jalan cerita dan dialog adaptasi permainan video ini harus dipuji kerana mereka berjaya untuk mengekalkan elemen komedi tersebut.

Dalam lingkungan 10 jam yang dimain, penulis tertawa banyak kali. Jalan cerita yang sering tidak masuk akal bersama skrip yang penuh dengan luahan perasaan sering menggelikan hati. Kewujudan watak-watak lain yang memakai kostum pelik juga membuat penulis tersenyum.

Pujian juga harus diberikan kepada pelakon suara Bahasa Jepun yang melakonkan watak masing-masing dengan sangat baik. Kalau anda membeli One Punch Man: A Hero Nobody Knows, pastikan anda guna lakonan suara Bahasa Jepun kerana lakonan suara Bahasa Inggeris tidak begitu hebat bila dibandingkan.

 

Ibarat Menunggu Hero Yang Tidak Akan Tiba

Dalam tempoh satu jam pertama bermain permainan video ini, penulis rasa gaya permainannya agak predictable. Kesemua tugasan Hero Association mengulangi formula yang sama: Kalahkan sekurang-kurangnya seorang musuh ataupun tunggu Saitama atau Hero lain tiba apabila berdepan dengan musuh yang terlalu kuat.

Perkara ini tidak menjadi masalah jika setiap perlawanan memberikan musuh yang mempunyai cara perlawanan dan kebolehan yang berbagai-bagai. Malangnya, hampir setiap musuh berlawan dengan cara yang sama dan boleh ditewaskan dengan mudah. Apabila mencecah level yang tinggi, musuh-musuh mempunyai nyawa lebih banyak dan kuasa serangan yang tinggi tetapi cara perlawanan tetap sama.

Satu lagi masalah yang dialami penulis ialah kejatuhan kadar framerate yang sangat ketara ketika bergerak dalam kawasan terbuka (open-world). Watak-watak yang tidak dikawal (NPC) juga mengambil masa yang lama untuk muncul walaupun ikon di atas kepala merka tetap wujud.

 

Hadiah Bagi Peminat One Punch Man

Dalam perjalanan mod single player, pemain akan bertemu dengan ramai Hero dan raksasa serta penjahat yang muncul dalam musim pertama anime One Punch Man. Ini boleh dikatakan sebagai satu ciri fanservice yang sangat dihargai. Penulis sering tersenyum apabila bertemu dengan Hero popular semasa melalukan tugasan yang memajukan jalan cerita.

Interaksi bersama watak-watak tersebut juga sangat menghiburkan. Watak pemain akan berbalah dengan Genos untuk menjadi anak murid Saitama dan juga akan ada waktu di mana pemain dipaksa menyertai kumpulan yang diketuai Fubuki (Blizzard).

Penulis masih teringat satu babak yang sangat menghiburkan. Terdapat satu di mana penulis diberikan sebuah sut hitam selepas berjaya menyertai kumpulan Fubuki. Semasa berjalan-jalan di kawasan terbuka, penulis terserempak dengan watak Spring Mustachio dan dia memberi pujian kepada watak penulis kerana memakai sut.

 

Sistem Perlawanan Yang Terlalu Ringkas

Apabila penulis mendapat tahu bahawa One Punch Man: A Hero Nobody Knows dibangunkan oleh studio sama yang menbangunkan Jump Force, harapan untuk permainan video ini terus merudum sedikit. Seperti yang dijangkakan, sistem perlawanannya tidaklah terlalu luar biasa.

Kombo boleh dilakukan dengan gabungan serangan biasa dan serangan berat. Butang bulat digunakan untuk mempertahankan diri dan mengelak serangan. Aksi mengelak yang dilakukan betul-betul sebelum terkena serangan akan membuatkan watak muncul di belakang musuh, sama seperti dalam Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm.

Sama seperti kebanyakkan permainan video anime, watak-watak boleh mengumpulkan tenaga dan tenaga tersebut digunakan untuk melakukan serangan khas yang dipanggil Killer Moves. Dalam mod single player, pemain akan mengumpulkan banyak teknik perlawanan (fighting style) dan Killer Moves baru dan kesemuanya direka berdasarkan watak-watak One Punch Man. Contohnya, pemain akan memperoleh teknik perlawanan bersenjata selepas bertemu dengan Metal Bat.

Kesabaran penulis diuji dalam setiap perlawanan kerana tidak wujud kebolehan untuk bangkit dengan cepat apabila mana-mana watak dijatuhkan. Apabila watak yang dimainkan atau watak musuh dijatuhkan selepas serangan kuat, pemain hanya boleh menunggu dua atau tiga saat sehingga watak tersebut bangkit semula.

Sistem kombo dalam permainan video ini terlalu ringkas dan ia langsung tidak memerlukan usaha yang jitu untuk mempelajari setiap watak dan teknik perlawanan mereka. Ini membuatkan permainan video ini sesuai bagi mereka yang mahu main permainan video perlawanan tetapi tidak berani mencuba judul yang lebih rumit seperti Street Fighter V dan Tekken 7.

Dari segi keseronokan, sistem perlawanan One Punch Man: A Hero Nobody Knows cukup untuk menghiburkan kebanyakkan penggemar permainan video. Walaupun ramai musuh tidak begitu kreatif dalam cara perlawanan, penulis sendiri terhibur dalam perjalanan mempelajari cara-cara perlawanan yang diberikan oleh watak-watak seperti Metal Bat, Genos, Fubuki, Atomic Samurai, dan ramai lagi.

Hero Arrival System merupakan aspek paling unik tentang permainan video ini tetapi ia tidak begitu menyeronokkan. Pemain hanya perlu menunggu watak Hero lain tiba untuk membantu dalam perlawanan dan jika Hero tersebut ialah Saitama, dia akan mengalahkan musuh dengan hanya satu tumbukan.

 

Tetap Ada Ciri-Ciri Dalam Talian

Pemain boleh pilih untuk main permainan video ini secara dalam talian dan ia akan menambahkan beberapa fungsi yang menarik. Bagi penulis, penambahan yang paling dihargai ialah ada beberapa ketika di mana watak rekaan rakan-rakan PlayStation Network (PSN) penulis akan muncul untuk membantu dalam perlawanan.

Selain daripada itu, mod multi-pemain untuk bertarung dengan pemain-pemain lain secara dalam talian dan luar talian juga ada. Mod permainan agak menghiburkan apabila bermain dengan seorang rakan tetapi perkara yang sama boleh dikatakan untuk kebanyakan permainan video tidak kira genre apa.

Dalam mod single player, satu lagi aspek yang ditambah melalui akses dalam talian adalah anda boleh akses tugasan-tugasan istimewa. Pemain akan memperoleh Event Tokens apabila menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut dan Event Tokens tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan istimewa.

 

Masih Jauh Perjalanan Menjadi Permainan Video Rank S

One Punch Man: A Hero Nobody Knows mempunyai banyak kelemahan tetapi ia masih berjaya untuk memberikan pengalaman yang mencuit hati.

Diharapkan pihak pembangun akan teruskan usaha untuk memperbaiki permainan video ini dan menghasilkan sebuah sekuel yang hebat. Penulis yakin ramai peminat tertunggu-tunggu adaptasi seterunsyna yang akan mengandungi jalan cerita musim kedua anime One Punch Man.

Kalau anda merupakan peminat tegar One Punch Man, penulis tetap menggalakkan anda untuk cuba judul ini. Bagi mereka yang kurang gemar atau tidak arif mengenai siri One Punch Man, mungkin lebih sesuai untuk mendapatkan salinan terpakai (secondhand) ataupun mencuba permainan video perlawanan lain seperti Dragon Ball FighterZ.

One Punch Man: A Hero Nobody Knows kini boleh dibeli untuk PC, PS4, dan Xbox One.

RELATED NEWS

+