[Review] OPPO A53 – bateri tahan lama dan sesuai untuk permainan dalam talian

Unit ulasan disediakan oleh OPPO Malaysia.

Dalam pasaran telefon pintar bajet rendah, terdapat beberapa model telefon pintar baharu yang sangat menarik. Antaranya ialah OPPO A53 yang dilancarkan oleh OPPO di Malaysia pada minggu lepas.

Walaupun dijual pada harga RM699, OPPO A53 mempunyai beberapa ciri-ciri menarik yang jarang dijumpai dalam telefon pintar bajet seperti skrin dengan kadar segar semula 90Hz dan kamera hadapan 16MP.

Persoalannya, adakah ini sebuah telefon pintar yang sesuai untuk pemain permainan mudah alih? Jom baca ulasan ini untuk ketahui jawapannya!

 

Skrin cerah dan lancar

Untuk seorang pemain permainan mudah alih, dua aspek paling penting adalah kualiti paparan dan audio. Dari segi kualiti paparan, OPPO A53 mempunyai skrin bersaiz 6.5 inci dengan resolusi 720 x 1600.

Seperti yang dinyatakan di atas, skrin ini juga mempunyai tetapan kadar segar semula 90Hz. Kelebihan ini membuatkan penggunaan beberapa aplikasi menjadi lebih lancar. Malangnya, ia tidak mewujudkan perbezaan besar dalam permainan.

Untuk menjimatkan bateri, pengguna boleh menurunkan kadar segar semula ke 60Hz. Dalam penggunaan seharian, penulis membiarkan sahaja skrin menggunakan tetapan kadar segar semula 90Hz kerana fon ini mempunyai bateri besar.

Pengalaman tontonan kandungan di YouTube dan Netflix tidak begitu memuaskan jika anda sudah biasa dengan resolusi HD penuh. Hal ini demikian kerana kualiti tertinggi yang boleh ditonton ialah 720p.

 

Pembesar suara yang agak hebat

Semasa menguji pembesar suara OPPO A53 dengan beberapa aplikasi dan permainan, penulis terkejut dengan tahap kekuatan pembesar suara yang dipasang dalam telefon pintar ini.

Pada tetapan suara maksima, telefon pintar ini mengeluarkan audio yang sangat kuat. Tiada masalah jika anda ingin menggunakan telefon ini dalam persekitaran yang bising.

Seperti kebanyakan telefon pintar bajet rendah, OPPO A53 masih mempunyai sebuah bicu 3.5mm untuk fon telinga berwayar. Perkara ini semestinya menggembirakan mereka yang lebih suka menggunakan fon telinga berwayar.

 

Sesuai untuk permainan dalam talian

OPPO A53 sememangnya bukan sebuah telefon pintar khas untuk gaming. Oleh itu, kebanyakan permainan yang memerlukan kuasa grafik yang tinggi seperti Asphalt 9 dan Black Desert Mobile tidak boleh dimain dengan lancar.

Untuk permainan dalam talian yang selalunya dimain oleh pengguna telefon pintar di Malaysia seperti PUBG Mobile, Call of Duty: Mobile (CODM), dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), kesemuanya boleh dimain dengan lancar.

Walaubagaimanapun, tetapan grafik untuk permainan penembakan seperti PUBG Mobile dan CODM perlu diturunkan ke tetapan paling rendah untuk membolehkan permainan kadar bingkai tinggi (60FPS).

Kelebihan skrin dengan kadar segar semula 90Hz tidak dapat digunapakai dalam permainan tetapi pengalaman permainan di OPPO A53 tetap memuaskan. Fon ini mempunyai skrin yang cerah dan kualiti audio yang mantap.

 

Telefon pintar bajet rendah untuk pemain biasa

RM699 ialah harga yang sesuai untuk OPPO A53 dan penulis percaya pemain permainan mudah alih dalam talian akan rasa puas hati dengan telefon pintar ini.

Untuk permainan seperti MLBB, PUBG Mobile, dan CODM, fon ini memang sesuai kerana ia mempunyai bateri yang berkapasiti 5,000mAh dan juga fungsi pengecasan pantas 18W.

Dari segi aspek-aspek lain seperit kamera, reka bentuk, dan perisian, pendek kata telefon pintar OPPO A53 biasa-biasa sahaja dalam aspek-aspek tersebut.

 

Kelebihan:

  • Skrin dengan kadar segar semula 90Hz
  • Bateri berkapasti 5,000mAh
  • Pengecasan pantas 18W
  • Pembesar suara yang kuat

Kelemahan:

  • Kadar segar semula 90Hz tidak boleh diaplikasikan dalam permainan

RELATED NEWS

+