[Review] Oppo Enco X – Fon telinga nirwayar premium, berbaloi dengan harga

Unit ulasan disediakan oleh Oppo Malaysia

Fon telinga nirwayar adalah trend terkini yang digemari oleh ramai orang termasuklah gamers. Ditambah teknologi active noise cancellation (ANC), ia merupakan pilihan terbaik untuk bermain permainan video mudah alih di mana-mana sahaja. Di dalam tren, bas ataupun di kawasan senyap seperti di pejabat ketika waktu makan tengahari. 

Oppo Enco X adalah produk terbaru dengan Dynaudio yang memberikan pengalaman audio terbaik.

Penulis mencuba memakai Oppo Enco X ini ketika bermain permainan mudah alih. Jom baca! 

 

Legends of Runeterra, Wild Rift dan Mobile Legends sedap didengari

Kelebihan fon telinga ini adalah kualiti audio yang ditunjukkan. Ketika penulis mencuba permainan terkini seperti Runeterra (permainan kad), Wild Rift dan Mobile Legends, tak dinafikan kualiti audionya sangat jelas dan sedap didengari. Tetapan audio pada kadar 100% kedengaran agak melampau jadi pada tahap 70 hingga 80 peratus adalah sesuai dan tidak bingit.

Bagaimanapun, yang sedikit mengganggu perhatian penulis adalah tiada bunyi clicking jika ingin menukar lagu dalam Spotify atau aplikasi muzik. Saya menekan pada belakang fon telinga sebanyak dua kali untuk menukar lagu di mana lagu bertukar tapi tiada rasa clicking tersebut. Namun, jika sudah biasa, ia bukanlah satu masalah pada jangka panjang. 

Untuk menukar mod transparency dan ANC, hanya semudah tap dan hold di belakang.

Yang menarik perhatian penulis ialah betapa mudahnya untuk menurun dan menaikkan volum. Saya hanya perlu slide jari ke atas dan ke bawah di belakang fon telinga ini untuk menukar volum.

 

PUBG Mobile dan game FPS kurang sesuai dimainkan

Mendengar bunyi tapak kaki dan tembakan yang didaftarkan sebagai bunyi secara langsung adalah penting bagi peminat permainan FPS. Oleh itu, penulis mencubanya ketika bermain PUBG Mobile dan COD Mobile. Keputusannya agak mengecewakan.

Setiap bunyi didaftarkan hampir 70 milisaat jadi ia bukanlah sesuai untuk permainan FPS. Namun, penulis tiada masalah untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan. Audio jelas dan tiada masalah.

Ia mungkin tidak boleh menandingi Airpods Pro atau Huawei Buds Pro namun anda boleh menggunakannya untuk bermain permainan mudah alih lain bukan FPS tanpa masalah.

 

Pelbagai mod boleh dicuba

Oppo Enco X mempunyai empat mod iaitu Max Noise Cancellation, Noise Cancellation, Noice Cancellation Off dan Transparency. Dalam mod pertama, saya mencubanya ketika menaiki LRT yang lebih bising dan kehadiran orang bercakap di tepi. Saya kagum dengan teknologi ANC yang mana tiada bunyi apabila audio lagu dimainkan pada tahap suara lebih 60% menenggelamkan bunyi sekeliling.

Di dalam kereta dan juga bas juga lebih jelas apabila menggunakan mod pertama. Tiada bunyi selain muzik dimainkan di Spotify yang kedengaran. Mod ini juga mudah untuk ditukaar, tidak sampai satu saat untuk mendengar kawan anda ingin berbual atau terus dengar podcast/lagu.

Ia juga mempunyai ketahanan IP54 dan tiada masalah jika terkena titisan hujan ataupun peluh ketika workout

Selain itu, Enco X mempunyai rekaan ergonomik yang memang sesuai untuk bentuk telinga. Saya seperti tak merasa ia berada di telinga sepanjang penggunaan dan ia djuga didatangi dengan empat jenis tip telinga. Medium paling sesuai digunakan.

Dari segi ketahanan bateri, saya berjaya mendapatkan selama 4 jam 15 minit penggunaan dengan ANC manakala lebih lima jam dengan ANC dibuka di mana tahap suara adalah pada 50%. Ia bukanlah yang terbaik tapi memadai untuk anda yang ingin mendengar muzik buat masa lama.

Oppo Enco X kini boleh didapatkan dengan harga RM699.

RELATED NEWS

+