Reviu: Magic Chess Di Mobile Legends Memang Seronok, Boleh Guna Banyak Strategi!

Magic Chess adalah mod Arcade terbaru dalam permainan mudah alih Mobile Legends: Bang Bang. 

Ramai yang sudah mencuba, penulis pun tak terlepas peluang bermain mod ini sejak ia dikeluarkan pada minggu lepas. Ada yang tertanya-tanya, sejauh mana mod ini boleh beri kepuasan sama seperti bermain mod lain seperti Classic, Rank dan Brawl? Jom ikuti reviu penulis!

 

Betul ke sama seperti catur?

Magic Chess, perhatikan nama belakangnya ‘chess’ bermaksud catur dalam Bahasa Melayu tapi adakah ia dimainkan dengan cara yang sama?

Sewaktu menekan mod Magic Chess, penulis dibawa ke menu utama yang mengandungi beberapa tab seperti Magic Chess Pass (akan diterangkan kemudian) dan Magic Chess Shop atau Shop (kedua-duanya bawa ke tab lain yang sama).

Butang Start Game juga kelihatan dengan pilihan spell di tepi manakala bahagian atas pula adalah kedudukan rank terkini penulis.

Di bahagian bawah, terdapat lima tab iaitu Profile, Galeri, Leaderboards, Cutomize dan Live. Masing-masing mempunyai fungsi tersendiri untuk anda teroka.

 

Permainan mula

 
Penulis dibawa ke paparan untuk memilih nasib yang mana setiap nombor menentukan tiga hero pertama kita akan dapat.

Dalam perlawanan seramai lapan orang, setiap pemain mempunyai medan catur berbeza dan anda boleh klik pemain untuk mengetahui hero dan susunan mereka. 

Setiap Komander (anda) mempunyai exp yang boleh dinaikkan (setiap peringkat menambah satu slot ekstra untuk letakkan hero di medan catur).

Terdapat lebih dari 43 pusingan yang mana pusingan dibahagikan kepada dua jenis: pusingan pemain dan fate box/pusingan item.

 

Pusingan pemain

Penulis lawan setiap pemain dengan 20 saat masa persiapan untuk tukar posisi atau membeli hero. Dalam perlawanan automatik ini, kemenangan ditentukan dari lineup hero mana yang masih bertahan dengan 100 nyawa diberikan pada kita. Makin banyak hero terselamat di medan catur, makin banyak jumlah serangan dikenakan kepada musuh. 

Hero ini boleh menggunakan skill mereka jika mana (bar biru) penuh dan boleh dinaikkan bintang (rank). Tapi, hanya lapan slot boleh diletakkan hero di barisan persediaan. 

Dua bintang: Perlukan tiga hero sama satu bintang.

Tiga bintang: Perlukan tiga hero sama dua bintang.

Pada masa persiapan, penulis boleh memilih hero yang terpapar, setiap dari mereka mempunyai role dan faction yang boleh memberikan sinergi tertentu. Sebagai contoh, penulis mengaktifkan WEAPON MASTER sekali gus memberikan 25% lifesteal setiap kali serangan.

Dragons Altar juga adalah sinergi yang sangat membantu jika hero anda mudah tewas dalam perlawanan. Ia akan memberikan kelajuan serangan dan perisai bagi setiap hero yang tewas.

Caranya di sini ialah mengaktifkan lebih banyak sinergi dengan hero-hero dipilih dari paparan persiapan. Kalau penulis tak suka paparan yang ada, penulis boleh refresh dengan 2 gold untuk menukar paparan hero. 

Penulis boleh pilih untuk lock paparan bagi pusingan seterusnya atau biarkan paparan bertukar.

Teknik penulis biasanya membiarkan gold hanya tinggal 10 untuk mendapat ganjaran (interest) bagi setiap pusingan. Jika lebih 20 gold, makin banyak ganjaran diperoleh.

 

Pusingan item/fate box 

Fate Box adalah pusingan ekstra setiap lima pusingan yang mana ia akan memberikan kelebihan kepada pemain bernyawa rendah untuk memilih dulu. Terdapat beberapa item dan juga hero boleh dipilih. 

Ini memberi peluang kepada Komander bernyawa rendah untuk terus kekal di medan catur.

Monsters akan ditemukan dalam pusingan 1, 7, 13, 19, 25, 31, 37 dan 43 yang juga memberikan item yang jatuh kepada pemain. 

 

Bagaimana peranan hero tentukan kemenangan?

Seperti yang kita tahu, dalam MLBB ada tank, assassin, mage, support, marksman dan fighter. Mari penulis huraikan satu per satu bagaimana setiap peranan ini penting dalam lineup anda.

Tank: Perlu untuk berada di barisan hadapan bagi menahan segala serangan dan menyedut kuasa magis. Tank seperti Tigreal misalnya boleh ulti untuk menyedut musuh ke tengah dan stun

Assassin: Boleh melompat ke mana-mana sudut medan catur. Assassin juga mempunyai pasif yang boleh diaktifkan untuk serang lebih laju. Mereka juga berguna untuk membunuh tank.

Mage: Biasanya mempunyai serangan magis yang sangat tinggi dan area of effect (AOE). Mereka diperlukan untuk mengenakan crowd control (CC) kepada musuh. Sebagai contoh, Aurora berguna untuk bekukan semua askar di medan catur.

Support: Berguna untuk memberikan bantuan dengan menaikkan nyawa askar anda di medan catur.

Marksman: Mempunyai attack speed laju dan sangat berguna di belakang barisan.

Fighter: Berguna untuk sustain dan berada di barisan hadapan melawan tank atau assassinFighter boleh menjadi semi-tank seperti Alpha yang menyedut nyawa musuh. Freya juga sangat tanky jika mempunyai item tank atau apabila tiga bintang.

Nota penting: Sebenarnya terdapat lebih banyak jenis peranan jika dilihat di tab berbentuk buku di atas skrin. Pelajari setiap satu peranan ini untuk memaksimumkan strategi anda.

 

Magic Chess Pass dan Shop

Penulis boleh memilih untuk melanggan pas ini dengan harga 350 Diamonds bagi mendapatkan skin eksklusif dan beberapa ganjaran lain sambil level up.

Kebanyakan ganjaran menawarkan skin trial bagi hero Magic Chess di mana Level 60 menawarkan skin Little Commander Eva, Jingle Deer dan Celestial Palace (peta medan catur baru).

Bagi Komander lain, boleh mendapatkan mereka menggunakan gold ataupun dengan diamonds. Setiap mereka mempunyai spell berbeza.

Kesimpulannya, mod ini mempunyai pelbagai kemungkinan dan banyak lagi strategi/sinergi yang penulis belum jumpa. Nantikan sinergi/tips bagi lineup paling bagus di medan catur pada artikel seterusnya!

RELATED NEWS

+