Rocket League akan menjadi free-to-play pada musim panas tahun ini

Studio Psyonix telah mengumumkan bahawa Rocket League akan menjadi permainan video percuma atau free-to-play bermula pada musim panas tahun ini. Versi percuma ini akan dilancarkan di Epic Games Store dan versi Steam pula akan dipadam.

Bagi anda yang telah membeli dan masih bermain Rocket League di Steam, tidak perlu risau. Anda masih boleh main di platform tersebut selepas pelancaran versi free-to-play di Epic Games Store. Cuma pemain baharu sudah tidak boleh mendapatkannya melalui Steam.

Permainan di konsol tidak akan berubah, ia akan kekal di PlayStation Store, Microsoft Store, dan Nintendo eShop. Cuma bezanya anda akan boleh muat turun Rocket League secara percuma di platform-platform tersebut.

Dalam aspek permainan multi-pemain dalam talian, Psyonix telahpun memperkenalkan permainan rentas platfrom antara konsol-konsol dan PC. Selepas versi free-to-play dilancarkan, ia akan dikekalkan untuk permainan antara Epic Games Store dan Steam.

Di samping itu, Psyonix juga akan memperkenalkan kemajuan rentas platform antara konsol dan PC melalui penggunaan akaun Epic Games. Studio tersebut akan berkongsi maklumat lanjut mengenai sistem itu pada masa depan.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pemain yang telah membeli Rocket League, Psyonix akan memberikan beberapa ganjaran menarik dan mereka juga akan menerima status Legacy. Ganjaran-ganjaran tersebut mengandungi:

  • Semua kandungan tambahan berjenama Rocket League yang dilancarkan sebelum versi free-to-play
  • Gelaran “Est. 20XX” yang menunjukkan tahun pertama anda main Rocket League
  • 200+ item Common dinaik taraf ke tahap Legacy
  • Golden Cosmos Boost
  • Dieci-Oro Wheels
  • Banner pemain Huntress
  • Faded Cosmos Boost (jika anda main secara dalam talian sebelum pengumuman ini dibuat)

Untuk maklumat lanjut mengenai versi free-to-play Rocket League, anda boleh rujuk laman web rasmi permainan video tersebut di sini.

RELATED NEWS

+