ROG dan IKEA bekerjasama untuk mengeluarkan perabot gaming mampu beli
2020-09-15T02:33:25
By: Burhanudin Zamri

ROG dan IKEA bekerjasama untuk mengeluarkan perabot gaming mampu beli

 

ASUS Republic of Gamers (ROG) dan IKEA sedang bekerjasama untuk mengeluarkan perabot dan aksesori gaming yang berpatutan. Kolaborasi ini akan menghasilkan sekitar 30 produk yang akan dilancarkan pada tahun depan.

Produk-produk baharu ini sedang dibangunkan di IKEA Product Development Centre di Shanghai, China. Pereka di IKEA dan ROG telah mengadakan beberapa sesi bengkel bersama-sama untuk mengenalpasti keperluan pemain di Shanghai.

Ewa Rychert, Global Business Leader bahagian Workspace di IKEA, berkata: “Kami berharap produk-produk gaming baharu ini akan membantu lebih ramai orang menerima dan memperkenalkan kelebihan gaming di rumah.”

Kris Huang, General Manager di ROG, yakin ROG akan memberi sumbangan yang bernas dalam kolaborasi ini kerana “ROG mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang komuniti gaming.”

Berita sebegini sangat mengujakan tetapi tarikh pelancaran produk-produk baharu ini masih jauh. Kesemuanya akan dilancarkan di China dahulu pada Februari 2021, lalu dilancarkan secara global pada Oktober 2021.

Sumber: IKEA

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Di sebalik seorang Fall Guy.. bagaimana anatomi sebenar mereka?
3 days ago
Among Us begitu popular sehingga pembangun membatalkan sekuel
3 days ago
The Game Awards 2020 akan diadakan pada 10 Disember
3 days ago
PMPL: Tonton Grand Finals dan anda berpeluang menang Perodua Myvi!
4 days ago
Pendapatan dan muat turun permainan mudah alih lebih tinggi dari konsol dan PC di Asia Tenggara
4 days ago
Watch Dogs 2 dan Football Manager 2020 percuma di EGS, tawaran tamat esok!