Saksikan trailer filem peminat Cyberpunk 2077, dihasilkan oleh pelagak ngeri pasukan Jackie Chan

Tarikh pelancaran Cyberpunk 2077 masih jauh dan ramai penggemar permainan video tidak sabar untuk mencuba judul tersebut. Sementara menunggu ketibaan permainan tersebut, terdapat sesuatu projek menarik yang boleh dinikmati para peminat Cyberpunk 2077.

Vi-Dan Trang sedang mengetuai sebuah projek filem peminat Cyberpunk 2077 yang bertajuk Phoenix Program. Beliau merupakan seorang ahli pasukan lagak ngeri Jackie Chan (Jackie Chan Stunt Team) dan pernah terlibat dalam pembikinan filem aksi seperti 6 Underground.

Trailer di atas dilancarkan beberapa hari lepas. Ramai yang terlibat dalam projek ini adalah cosplayer terkenal, antaranya ialah Ben Bergmann yang memainkan watak Johnny Silverhand. Beliau juga pernah cosplay sebagai Geralt of Rivia dari siri The Witcher.

Trailer juga mendapat pujian daripada pihak pembangun Cyberpunk 2077 iaitu CD Projekt Red. Mereka berkongsikan video tersebut di halaman Twitter mereka.

Malangnya, wabak COVID-19 memaksa proses penggambaran dan produksi filem peminat ini ditangguh. Oleh itu, kemungkinan besar kita tidak akan dapat menonton filem ini pada masa yang terdekat.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 17 September 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+