Saksikan trailer Twin Mirror, permainan penyiasatan oleh pembangun Life is Strange

Dontnod Entertainment, studio di sebalik Life is Strange, telah mengeluarkan trailer pertama untuk permainan video baharu mereka Twin Mirror.

Twin Mirror merupakan judul pertama Dontnod yang diterbit oleh studio itu sendiri. Perkara ini dapat dilakukan kerana studio tersebut mendapat bantuan daripada Epic Games dan Shibuya Productions.

Dalam Twin Mirror, anda bermain sebagai Sam Higgs, seorang bekas wartawan yang telah pulang ke kampung halamannya di Basswood, West Virginia.

Di sana, dia perlu mengeratkan kembali hubungan-hubungan bersama orang tersayang dan pada waktu yang sama, menyiasat rahsia-rahsia gelap di bandar tersebut.

Tidak seperti siri Life is Strange, Twin Mirror akan dilancarkan sebagai sebuah judul lengkap yang tidak dipecahkan menjadi sebilangan episod berasingan.

Twin Mirror akan dilancarkan di PC melalui Epic Games Store (eksklusif selama setahun) dan Dontnod bekerjasama dengan Bandai Namco untuk melancarkannya di PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One pada tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+