Saksikan Xorn bersama Geek Fam ID lawan Alter Ego di NMA MLBB Musim Kedua

Pemain Mobile Legends tempatan, Mohamad Zul Hisham Mohd Noor atau Xorn akan bermain untuk pasukan Geek Fam Indonesia dalam kejohanan Nimo TV Mobile Legends: Bang Bang Arena musim kedua, melawan Alter Ego pada jam 4:30 petang ini (waktu Malaysia).

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Geek Fam Indonesia.

Walaupun tidak bermain untuk EVOS Legends seperti khabar angin yang diperkatakan sebelum ini, Xorn kini bergabung bersama Geek Fam Indonesia untuk kejohanan ini.

Pastinya ini satu perlawanan dinanti-nanti peminat di Malaysia yang ingin melihat pemain negara berganding bersama pemain-pemain seberang.

Jangan lupa layari Nimo.TV untuk tonton perlawanan jam 4:30 petang ini.

Foto: Geek Fam ID

RELATED NEWS

+