Facebook dan Shopee."> Facebook dan Shopee." /> Facebook dan Shopee." />

Sambutan Acer Day 2020 akan berlangsung secara dalam talian, promosi diskaun sehigga 83%

Acer telah mengumumkan bahawa acara tahunan mereka Acer Day 2020 akan tetap berlangsung pada tahun ini. Pandemik COVID-19 tidak menjadi penghalang kerana ia akan diadakan secara digital melalui platform dalam talian Acer seperti laman Facebook dan Shopee.

Di laman Shopee Acer, acara Super Brand Day akan diadakan dari 2 Ogos hingga 4 Ogos. Dalam acara ini, terdapat promosi Massive Deal di mana terdapat potongan harga sehingga 83% dan baucar Shopee sehingga RM200.

Antara produk Acer menarik yang akan dijual semasa promosi Massive Deal adalah Predator Gaming Chair (unit demo) yang akan diturunkan dari RM1,999 hingga ke RM340 dan juga papan kekunci Predator Aethon 300 yang akan diturunkan dari RM399 hingga ke RM68.

Acara utama Acer Day akan diadakan di lama Facebook Acer Malaysia pada 2 Ogos 3PM. Para peminat barangan komputer semestinya teruja dengan sesi cabutan bertuah di mana produk-produk hebat seperti komputer riba Predator Helios 300 dan Predator Triton 700.

Penempahan awal komputer riba versi baharu Predator Helios 700 dan juga promosi jualan komputer riba Predator Helios 300 juga akan diadakan dan pembeli boleh menerima hadiah percuma berjumlah sehingga RM2,767 dengan pembelian produk-produk tersebut.

Salah satu aktiviti menarik yang para penggemar produk komputer boleh menyertai ialah cabaran #FeelTheVibe. Dalam cabaran ini, anda hanya perlu muat naik video tarian mengikut lagu ‘Feel The Vibe’ yang boleh didapati di TikTok bermula pada 2 Ogos.

Para peserta cabaran #FeelTheVibe berpeluang memenangi hadiah utama komputer riba ConceptD 3 Pro dan wang tunai bernilai RM1,000!

Terdapat lagi banyak acara-acara dan promosi yang akan diadakan sempena Acer Day 2020. Pastikan anda melayari laman Facebook Acer Malaysia dan juga laman Shopee mereka untuk maklumat lebih lanjut.

RELATED NEWS

+