Sarawak Hantar Wakil Mobile Legends, Tekken 7, Dota 2 & Starcraft 2 Ke Sukan Asia 2019

Sarawak sudah memilih pemain-pemain terbaik Mobile Legends, Tekken 7, Dota 2 dan Starcraft 2 sebagai wakil Sukan Asia 2019 ke-30 bakal diadakan pada 30 November sehingga 11 Disember.

Dari kiri: Naib Presiden SESA, Eugene Lai, Penolong Pengarah Pembangunan Sukan Menteri Belia dan Sukan, Rafidah Abu Bakar Lim, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Presiden SESA, Afiq Fadhli Narawi dan bendahari dan pengerusi organisasi acara, Darren Kueh.

Pemilihan pada peringkat negeri Sarawak (Sarawak Esports State Selection – SESS) ini dilakukan oleh Sarawak Esports Association (SESA) bersama hasil kerjasama Persatuan Sukan Electronik Malaysia (ESM) menarik minat seramai 443 pemain dari seluruh negeri berlangsung di CityONE Megamall, Kuching pada 12 sehingga 14 April.

Baca lagi: Ini Dia 5 Dari 6 Game Dipertandingkan Sebagai Acara Berpingat Di Sukan SEA 2019

 

Berikut adalah wakil dari negeri Bumi Kenyalang untuk 4 dari 5 game dipertandingkan di Sukan Asia 2019:

Mobile Legends – Mighty Bananas

 

Dota 2 – Team H@H@

 

Starcraft II – Wong ‘MaGiciaN’ Poh Liung

 

Tekken 7 – Dhillon ‘Cybercore Ryozun’ Melintan

Penolong Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berharap pemain dari Sarawak dapat mewakili Malaysia ke temasya sukan berprestij ini dan membawa pulang pingat emas ke tanahair. 

Buat pertama kali dalam sejarah, e-sukan akan rasmi dipertandingkan sebagai acara berpingat untuk Sukan Asia 2019. Pada tahun lepas, e-sukan diadakan dalam acara demonstrasi yang mana menyaksikan dua wakil PES 2018 dari Malaysia mendapat tempat ke-4 terbaik dari seantero Asia.

Acara yang diadakan selama 4 hari ini turut mengadakan pertandingan kelayakan game popular lain seperti FIFA 19, PES 2019 dan juga Beat Saber.

Sumber: Facebook Sarawak Esports STATE Selection & Sarawak Esports Association

Kredit gambar: Gizmo Arena

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+