“Saya memilih Geek Fam kerana perjalanan karier yang baik,” – Amoux
2020-12-29T02:50:02
By: Editorial team

“Saya memilih Geek Fam kerana perjalanan karier yang baik,” – Amoux

 

Ketua Jurulatih Geek Fam Malaysia, Ariff Iswandi atau Amoux menerima banyak tawaran untuk banyak pasukan namun memilih organisasi di Malaysia kerana perjalanan karier lebih baik.

Katanya kepada ONE Esports dalam satu temubual, dua insan dalam organisasi itu sering kali memberi perhatian kepadanya.

“Walaupun terima banyak tawaran, saya cari pasukan yang boleh memberikan perjalanan karier yang baik dan Geek Fam MY adalah pilihan tepat. 

“Boss Keat dan pengurus Wheng juga selalu ambil tahu perihal saya walaupun saya dah ke Todak dan BTR sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, beliau juga teruja dapat berjumpa kembali bersama Artz, Xorn, Dominus dan Feekz. 

“Saya pun ada janji harus dipenuhi dengan Xorn dan ini adalah waktu yang sesuai,” akhirinya.

Sebelum ini, Amoux bersama Todak dan ke Bigetron Alpha sebagai ketua jurulatih. Jejaka dari Singapura ini membantu pasukan Indonesia itu meraih tempat ketiga di MPL Indonesia Musim Keenam.

Bagaimanapun, kontrak beliau tamat pada waktu Kejohanan Jemputan MPL. Ketika itu, beliau menunggu tawaran dari mana-mana organisasi Indonesia namun memilih untuk kembali ke Malaysia.

Sumber: ONE Esports

Foto: Geek Fam Malaysia

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Final Fantasy VII Remake salah satu permainan percuma PS Plus Mac 2021
3 days ago
Malaysia naib juara di FIFA eClub World Cup 2021, tahniah diucapkan!
4 days ago
MPL Indonesia: Sang Raja RRQ Hoshi tewas di tangan Alter Ego 0-2
4 days ago
Wakil Malaysia, Wicked Esports layak ke grand final FIFA eClub World Cup, akan lawan Jepun
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan
5 days ago
Asia Pacific Predator League 2020/21 akan berlangsung pada April 2021