Microsoft Store dan versi konsol pula hanya dikeluarkan untuk Xbox One."> Microsoft Store dan versi konsol pula hanya dikeluarkan untuk Xbox One." /> Microsoft Store dan versi konsol pula hanya dikeluarkan untuk Xbox One." />

Sea of Thieves akan dilancarkan di Steam pada 3 Jun 2020

Permainan lanun multi-pemain Sea of Thieves akhirnya akan tiba di Steam pada bulan Jun ini. Pada waktu ini, ia hanya boleh dibeli untuk PC melalui Microsoft Store dan versi konsol pula hanya dikeluarkan untuk Xbox One.

Pengumuman tarikh pelancaran Sea of Thieves di Steam dikeluarkan melalui sebuah trailer baharu yang dimuat naik semalam. Judul ini akan tiba di Steam pada 3 Jun 2020.

Sea of Thieves merupakan permainan multi-pemain yang memberi fokus terhadap pengembaraan sebagai lanun bersama rakan-rakan anda. Antara aspek permainan yang ditonjolkan adalah mencari harta karun dan menewaskan kumpulan lanun pemain lain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+