Segala yang korang perlu tahu tentang PUBG Mobile World League Season 0: East
2020-07-09T05:03:29
By: Hazril Md Nor

Segala yang korang perlu tahu tentang PUBG Mobile World League Season 0: East

 

PUBG Mobile World League (PMWL) Season 0 akan bermula esok dan ramai peminat yang tidak sabar ingin menyaksikan pasukan kebanggaan Malaysia, Yoodo Gank dan Team Secret berentap.

20 pasukan terhebat PUBG Mobile di seluruh dunia akan merebut hadiah terkumpul RM3.6 juta. Walaupun terdapat pembabitan dari pelbagai negara di rantau berbeza, ia akan diadakan secara dalam talian. Format ini digunakan berikutan pandemik COVID-19 yang terjadi sekarang.

Pasukan-pasukan ini akan berentap dalam tiga peringkat:

1. Minggu Pembukaan

  • 20 pasukan dibahagikan kepada lima pasukan
  • Tiga hari – 15 perlawanan
  • Keputusan skor dalam Minggu Pembukaan ini akan digunakan untuk menentukan cabutan di peringkat Liga.

2. Minggu Liga

  • Sebanyak 10 perlawanan perlu dimainkan setiap minggu.
  • 16 pasukan teratas akan layak ke Minggu Super

3. Minggu Super

  • Sebanyak 15 perlawanan akan dimainkan setiap minggu.
  • Ranking di carta liga akan dikira mengikut mata yang diraih di Minggu Super sahaja.
  • 16 pasukan teratas yang mengumpul mata tertinggi akan layak ke Final Liga Dunia.

 

Ini adalah pasukan penuh untuk zon Timur. 

  • Valdus Esports (PMPL Thailand), sebelum ini dikenali sebagai ILLUMINATE The Murder.
  • Bigetron RA (PMPL Indonesia).
  • BOX Gaming (PMPL Vietnam).
  • Team Secret (PMPL MY/SG).
  • Yoodo Gank (PMPL SEA Finals).
  • King of Gamers (PMPL SEA Finals).
  • RRQ Athena (PMPL SEA Finals).
  • Morph Team (PMPL SEA Finals).
  • GXR Celtz (PMPL SEA Finals).
  • MegaStars (PMPL SA Finals).
  • TeamIND (PMPL SA Finals).
  • Orange Rock (PMPL SA League).
  • TSM Entity (PMPL SA League).
  • Nova GodLike (PMPL SA League).
  • Synerge (PMPL SA League).
  • U Level Up (PMPL Chinese Taipei).
  • T1 (Street Challenge).
  • Reject Scarlet (Japan Championship).
  • Free Style (PMCO Pakistan).
  • PMCO Wildcard (No Chance Team).

Saksikan aksi PMWL di Twitch.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Razer melancarkan DeathAdder V2, BlackShark V2, dan BlackWidow V3 versi nirwayar
3 days ago
Di sebalik seorang Fall Guy.. bagaimana anatomi sebenar mereka?
3 days ago
Permainan BTS Universe Story kini telah tiba untuk Android dan iOS
3 days ago
PMPL: Tonton Grand Finals dan anda berpeluang menang Perodua Myvi!
4 days ago
Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2 mungkin akan dilancarkan semula di PC
4 days ago
Pendapatan dan muat turun permainan mudah alih lebih tinggi dari konsol dan PC di Asia Tenggara