Selangor Cyber Games Kembali, Pertandingkan 6 E-Sukan Dengan Prize Pool RM250,000
2018-09-27T11:54:37
By: Hazril Md Nor

Selangor Cyber Games Kembali, Pertandingkan 6 E-Sukan Dengan Prize Pool RM250,000

 

Selangor Cyber Games kembali lagi! Kali ini mengumpulkan 6 e-sukan dengan hadiah wang tunai terkumpul RM250,000! Fuhh banyak tu!

Game popular seperti Dota 2, PUBG, FIFA 19, PES 2019, Mobile Legends dan Tekken 7 akan dipertandingkan. Ia akan diadakan di Empire City, Petaling Jaya, Selangor pada 27 dan 28 Oktober ini. Yang menariknya, ia mengumpulkan hampir 2,000 pemain yang akan bertarung dalam acara berlangsung selama tiga hari itu.

Anjuran kali kelima ini adalah dari Mineski Events Team Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor dan Big Machinez. Ini adalah enam e-sukan yang dipertandingkan:

Dota 2 – RM70,000

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) – RM20,000 

FIFA 19 – RM60,000

PES 19 – RM20,000

Tekken 7 – RM30,000

Mobile Legends – RM50,000 

Tambahan lagi, korang juga boleh menyertai acara berlainan iaitu Zotac Push The Limit Lan Party yang diadakan bersama. Ia akan mengumpulkan 300 penggemar e-sukan dan pengguna PC di seluruh Malaysia untuk berkongsi idea, mengadakan aktiviti berkumpulan, bertukar pendapat, memperagakan komputer selama 48 jam!

Acara kali ini juga menerima sokongan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Ia dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari di majlis pelancaran, petang tadi.

Jadi apa tunggu lagi? Daftarlah sekarang di www.selangorcybergames.net. Ia adalah first come first serve jadi korang kena cepat sebelum semua slot akan penuh. Boleh juga gunakan tanda pagar (hashtag) #selangorcybergames ketika di acara nanti.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Siri televisyen Fallout diumumkan, diterbitkan oleh penerbit Westworld
3 days ago
Ubisoft umumkan permainan video battle royale baharu Hyper Scape
3 days ago
Streamer World of Warcraft dan Hearthstone terkenal Reckful telah meninggal dunia
3 days ago
Mod permainan Rampage 2.0 akan diperkenalkan dalam Free Fire bermula pada 4 Julai
4 days ago
Pembentangan digital Devolver Direct akan berlangsung pada 12 Julai
4 days ago
#YoodoKEK Zon Borneo Final – Pasukan UeS HavoX dan DMG muncul juara