Senarai penuh permainan video PC terbitan EA yang baru dilancarkan di Steam

Beberapa permainan video PC yang diterbitkan oleh Electronic Arts (EA) kini telah dilancarkan di Steam. Pada waktu yang sama, sebuah jualan mega juga sedang diadakan dan terdapat permainan video yang mendapat potongan harga sehingga 75%.

Berikut adalah senarai judul-judul terbitan EA yang baru disenaraikan di Steam (bersama harga jualan):

  • Crysis – RM19.75
  • Crysis 2: Maximum Edition – RM29.75
  • Crysis 3 – RM39.27
  • Dragon Age II – RM39.50
  • Dragon Age Inquisition: Game of the Year Edition – RM79.50
  • Burnout Paradise Remastered – RM19.75
  • Need for Speed – RM39.27
  • Need for Speed Rivals – RM39.50
  • Need for Speed Heat: Deluxe Edition – RM119.60
  • Command & Conquer Remastered Collection – RM79.00
  • Plants Vs. Zombies: Battle for Neighborville – RM99.60
  • Unravel – RM39.50
  • Unravel Two – RM39.50
  • Mirror’s Edge Catalyst – RM39.50
  • Fe – RM39.50
  • Sea of Solitude – RM39.50

Jualan istimewa judul-judul EA di atas akan berakhir pada 10 Jun 2020. Seperti permainan video EA yang dilancarkan di Epic Games Store, anda masih perlu menggunakan aplikasi Origin untuk mengakses permainan video yang dibeli melalui Steam.

Servis langganan EA Access juga akan tiba di Steam pada masa depan. Kelebihan utama langganan ini ialah ia memberikan anda akses penuh untuk main sebilangan besar permainan video yang diterbitkan oleh EA.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+