Serious Sam 4 akan dilancarkan pada bulan Ogos 2020
2020-05-21T02:14:11
By: Burhanudin Zamri

Serious Sam 4 akan dilancarkan pada bulan Ogos 2020

 

Judul terbaru dalam siri permainan video first-person shooter (FPS) Serious Sam iaitu Serious Sam 4 sudah lama diumumkan tetapi ia tidak diberikan tarikh pelancaran. Penerbitnya Devolver Digital telah mengumumkan bahawa ia akan dilancarkan pada bulan Ogos 2020.

Sebuah trailer baharu Serious Sam 4 telah dimuat naik oleh Devolver Digital. Walaupun trailer tersebut tidak mendedahkan tarikh pelancaran tepat, ia menyatakan judul tersebut akan dilancarkan di PC (Steam) dan Google Stadia sekitar bulan Ogos ini.

Salah satu ciri permainan yang semestinya membuatkan ramai orang teruja ialah Serious Sam 4 akan mempunyai mod multi-pemain di mana anda boleh bekerjasama bersama tiga orang rakan-rakan dalam permainan co-op.

Serious Sam 4 boleh dipra-tempah untuk PC melalui Steam pada harga RM65 dan Deluxe Edition pula boleh dipra-tempah pada harga RM80.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Iklan dipanjangkan The Last of Us Part II kini boleh ditonton di YouTube
3 days ago
Black Shark 3 Pro dan Black Shark Bluetooth Earphones akan dijual mulai 4 Jun
3 days ago
Acara Level Up Play-One akan berlangsung pada 13 & 14 Jun 2020, pendaftaran adalah percuma
3 days ago
Manchester City lancar Man City FIFA 20 Cup, terbuka untuk Singapura sahaja
3 days ago
Pelancaran musim baharu Call of Duty: Mobile dan Modern Warfare ditangguh
3 days ago
Acara Cyberpunk 2077 “Night City Wire” ditangguh ke 25 Jun 2020