Sertai pertandingan rap No Straight Roads untuk menangi PS4 Pro

Permainan video No Straight Roads yang sedang dibangunkan oleh studio pembangunan tanah air Metronomik akan dilancarkan tidak lama lagi. Sebuah trailer baharu telah dilancarkan bersama pengumuman tentang sebuah pertandingan rap.

Metronomik kini menganjurkan pertandingan #StayHomeAndRap untuk mempromosikan No Straight Roads. Penyertaan adalah percuma dan pertandingan ini berlangsung dari 14 Mei sehingga 14 Jun 2020.

Jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, berikut adalah langkah-langkah penyertaan:

  1. Muat turun lagu latar format MP3 #StayHomeAndRap vs YINU. (Muat turun di sini.)
  2. Tulis lirik rap anda.
  3. Rakam diri anda menyanyikan lirik tersebut.
  4. Muat naik rakaman tersebut di saluran-saluran sosial seperti YouTube, Instagram, Twitter, Facebook, dan TikTok. Jangan lupa untuk meletakkan tanda pagar #StayHomeAndRap.
  5. Isi borang di laman web rasmi No Straight Roads.

Lapan pemenang pertandingan ini akan dipilih oleh kumpulan juri yang terdiri daripada Wan Hazmer (Pengarah No Straight Roads), Daim Dziauddin (Pengarah Kreatif No Straight Roads), Teddy Corona (pemilik bersama Street Lourd), Karim Mimoun (pemilik H9 Project), dan pihak promoter.

Berikut adalah hadiah-hadiah yang boleh dimenangi:

  • Johan
    • PS4 Pro x 1
    • No Straight Roads Collector’s Edition x 1
    • Kemeja-T No Straight Roads x 1
    • Video akan muncul dalam No Straight Roads
  • Naib Johan (dua pemenang)
    • No Straight Roads x 1
    • Kemeja-T No Straight Roads x 1
  • Tempat Ke-3 (enam pemenang)
    • Kemeja-T No Straight Roads x 1

Bagi anda yang mempunyai bakat menulis lirik rap, ini merupakan peluang yang menarik untuk anda menonjolkan bakat anda dan juga memenangi hadiah-hadiah menarik seperti sebuah PlayStation 4 (PS4) Pro.

No Straight Roads akan dilancarkan di PC (Epic Games Store), PS4, Nintendo Switch, dan Xbox One pada 30 Jun 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+