Sertai PlayStation Player Celebration Untuk Peluang Menangi Baucar PS Store RM400
2020-02-19T05:56:15
By: Burhanudin Zamri

Sertai PlayStation Player Celebration Untuk Peluang Menangi Baucar PS Store RM400

 

Kita sudah hampir tiba ke penghujung jangka hayat PlayStation 4 (PS4) tetapi Sony masih mengadakan pelbagai acara untuk menunjuk penghargaan terhadap para peminat PlayStation.

Untuk menyambut sokongan yang diberikan oleh pemilik PS4, Sony akan melancarkan acara PlayStation Player Celebration. Ia akan berlangsung dari 19 Februari 2020 sehingga 17 Mac 2020.

Dalam tempoh acara tersebut, pemilik akaun PlayStation yang menyertainya akan menyumbang terhadap dua Sasaran Komuniti untuk tiga peringkat. Apabila sasaran tersebut dicapai, semua penyerta akan mendapat ganjaran.

Satu Sasaran Komuniti akan mengukur berapa permainan yang dimain oleh peserta untuk sekurang-kurangnya satu jam.

Sasaran Komuniti kedua pula mengukur berapa banyak trofi PlayStation yang diperolehi. Setiap peserta boleh menyumbang sebanyak enam trofi dan trofi daripada permainan yang mempunyai mod multi-pemain akan dikira dua kali ganda.

Peringkat Pertama acara ini akan bermula pada 24 Februari 2020. Sasaran Komuniti yang perlu dicapai adalah:

  • 125,000 permainan.
  • 500,000 trofi.

Sesiapa sahaja yang menyertai acara ini berpeluang untuk memenangi sebuah kit PlayStation eksklusif. Ia mengandungi sebuah trofi PlayStation fizikal yang diukir dengan nama pemenang, baucar PlayStation Store bernilai RM400, dan kod baucar untuk beberapa permainan PS4.

Kalau anda berminat untuk menyertai acara ni, anda boleh mendaftarkan akaun PlayStation anda di sini.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Catherine: Full Body Akan Tiba Di Switch Pada 7 Julai 2020
5 days ago
Bosan Di Rumah? Jom Sewa Gaming PC!
5 days ago
Ghost Recon Breakpoint Percuma Sehingga 30 Mac 2020
6 days ago
Sertai Kejohanan Komuniti Maggi Hot Cup #DudukRumah – 20,000 Diamonds & RM1,500 Tunai
6 days ago
Game Percuma PS+ April 2020 – Uncharted 4 Dan Dirt Rally 2.0
6 days ago
[Review] My Hero One’s Justice 2 – Khas Untuk Peminat BnHA