Server EA Mengalami Masalah – FIFA Dan Apex Legends Terkesan
2020-02-19T02:39:48
By: Burhanudin Zamri

Server EA Mengalami Masalah – FIFA Dan Apex Legends Terkesan

 

Baru-baru ini terbangkit satu isu dalam kalangan pengguna Unifi yang mendapati mereka tidak boleh main secara dalam talian untuk permainan Apex Legends.

Unifi telahpun mengeluarkan kenyataan untuk menerangkan bahawa masalah tersebut tidak berpunca daripada pihak mereka. Berita terbaru daripada pihak EA mengesahkan hal ini sebenarnya berpunca daripada pihak EA.

Kenyataan tentang masalah pelayan (server) EA dikeluarkan menerusi akaun rasmi bahagian sokongan EA iaitu @EAHelp. Dalam tweet tersebut, EA menyatakan:

“Kami sedar bahawa terdapat masalah mengenai perkhidmatan EA dan EA Help. Oleh itu, anda mungkin menghadapi masalah apabila cuba untuk menghubungi kami. Pada waktu ini, kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan kami akan pastikan anda mendapat berita tentang apa-apa perubahan.”

Dua jam kemudian, akaun yang sama mengeluarkan satu lagi tweet yang menyatakan masalah tersebut telah diselesaikan.

Walaupun isu pelanggan Unifi tidak mampu main Apex Legends berlaku pada beberapa hari yang lepas, EA hanya mengeluarkan kenyataan pada awal pagi ini.

Perkara ini masuk akal kerana mereka mengambil masa untuk menyiasat isu itu sebelum mengambil tindakan.

Sumber: Dot Esports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Arms Percuma Untuk Ahli Nintendo Switch Online Sehingga 6 April 2020
4 days ago
Catherine: Full Body Akan Tiba Di Switch Pada 7 Julai 2020
4 days ago
World War Z Percuma Di Epic Games Store
5 days ago
Bosan Di Rumah? Jom Sewa Gaming PC!
5 days ago
Ghost Recon Breakpoint Percuma Sehingga 30 Mac 2020
5 days ago
Pembentangan GDC 2020 Kini Boleh Ditonton Secara Percuma