ServerDNA 3.0: 6 Sebab Kenapa Korang Kena Datang Ke Persidangan Komuniti PC Gaming Terbesar Di Malaysia!

Mari pakat ramai-ramai bersama rakan-rakan korang untuk bertemu dan berkongsi ilmu bersama pakar-pakar dalam industri PC gaming di ServerDNA 3.0!

Kepada peminat tegar teknologi dan game PC, ServerDNA 3.0 sememangnya ditujukan khas kepada korang semua!

Kembali lebih padu dan mantap dengan tagline: “We Game For The Future”, ServerDNA 3.0 menyatukan ramai gamers, PC modders, streamers, atlit esports, pengurus esports, caster sehinggalah ke influencer dalam satu bumbung.

Jadi, apa yang menarik tentang ServerDNA 3.0 pada 29 September nanti? Kitaorang berikan 10 sebab kenapa korang kena join ServerDNA 3.0 tahun ini!

1. Peluang Bertemu Dan Belajar Dengan Pakar PC Modding Dari Pelbagai Negara

Wajah-wajah PC modding master yang korang bakal berjumpa pada hujung bulan September nanti.

Korang teringin nak bina PC luar biasa dengan sistem lighting bagaikan berada di disko ataupun sistem water cooling yang sejuk bak salju, korang boleh bertemu dengan sifu-sifu PC modding CaseModHeroes dari enam negara berlainan merentas seluruh benua Asia dari China, Vietnam, Filipina dan China.

Korang boleh lihat pameran scratch.BUILD Modding di mana mempamerkan PC casing yang korang boleh jadikan sebagai inspirasi dan motivasi untuk membina PC idaman korang. 

2. Mari Berjumpa Dan Sokong Streamer Dan Personaliti Gaming Tempatan Kita

Mari bertemu dan memberikan sokongan kepada streamer tempatan kita!

Jika korang selalunya lihat streamer tempatan kegemaran korang melalui kacamata TV atau skrin telefon, korang berpeluang untuk beramah mesra bersama streamer tempatan kita seperti pengasas Fundeavour, Michelle “Lylia” Tan dan ramai lagi di ServerDNA 3.0.

Bagi yang baru berjinak-jinak dalam arena esports atau peminat tegar esports negara, korang juga boleh bertemu dengan coach Kuala Lumpur Hunters, Amanda Louis Lee atau dikenali sebagai “Panderp” dan juga pengurus esports dari AirAsia Allstars Esports Club Malaysia, Muhamad Arif “LimFey”.

3. Dengar Ucapan Dari Nama-Nama Besar Dalam Industri Teknologi PC

Selari dengan dunia teknologi yang semakin berkembang hari demi hari, ServerDNA 3.0 menjemput orang penting dalam industri teknologi PC.

Bukan itu sahaja, korang boleh mendengar pandangan dan input mereka tentang game development, trend teknologi terkini dan perkara yang akan membentuk masa hadapan industri teknologi PC gaming.

4. Mari Pakat Tengok Kejohanan Pameran ServerDNA 3.0

ServerDNA 3.0 akan menggabungkan penyertaan pasukan-pasukan esports yang dipacu oleh peminat esports sendiri. Di sini, korang akan melihat pertempuran atlit esports veteran berdepan atlit esports muda, pertempuran gamers lelaki antara gamers wanita, pertempuran muda dan tua dalam dunia gaming yang tidak mengenal umur, bangsa dan agama. Jom kita bersuka-ria!

5. Dapatkan Harga Terbaik Produk Teknologi Daripada Penaja ServerDNA 3.0

ServerDNA 3.0 diperkukuhkan lagi dengan sokongan gempak daripada syarikat dan jenama teknologi terkenal dunia. Beberapa penaja terbesar juga akan berada di sana bagi mempamerkan pelbagai produk teknologi. Antara penaja ServerDNA 3.0 adalah Seagate, Intel, Acer, Asus, Samsung, Razer dan banyak lagi!

Korang boleh singgah di booth mereka untuk dapatkan tawaran hebat dari jenama-jenama besar. Selain itu, booth Seagate, Intel, Asus dan Samsung mempunyai aktiviti korang boleh sertai bermain Dota 2 di booth Intel, cuba sim racing di booth Samsung, rasai pengalaman gaming dengan Acer Predator dan macam-macam lagi.

6. Cuba Tuah Korang Dalam Lucky Draw Dan Tawar Menawar Dalam Auction Bid

Dihoskan oleh Flava, korang hanya perlu bermain game untuk memenangi hadiah secara percuma. Pengunjung juga layak untuk cabutan bertuah dan korang boleh turut sertai tawar menawar dalam sesi Auction Bid yang pernah diadakan pada tahun lepas.

Agaknya apa pula yang akan dibida dengan harga tinggi pada ServerDNA 3.0 kali ini? Hmm….

Kemasukan adalah PERCUMA! Jangan lupa temujanji korang bersama ServerDNA 3.0 yang akan diadakan pada 29 September 2018 di Four Points Sheraton, Puchong. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman rasmi mereka dan dapatkan tiket ServerDNA di sini.

 

RELATED NEWS

+