Shadow Warrior 2 Percuma Untuk Masa Terhad, Dapatkan Di GOG

Shadow Warrior 2 sekarang tengah percuma dalam masa dua hari ini di GOG!

Shadow Warrior 2 adalah game first-person shooter yang dibangunkan oleh Flying Wild Hog dan dilancarkan pada tahun 2016. Game ini mengikuti perjalanan Lo Wang diberi tugas dari Yakuza untuk mencari artifak purba di Temple of Longing. Pemain dan rakan-rakan korang boleh guna apa jua cara untuk mendapatkan artifak berkenaan.

Apa yang menarik tentang game ini adalah pemain boleh bermain secara solo atau mod co-op seramai 4 orang sama seperti Borderlands. Game ini juga selitkan komedi lucu dalam dunia open-world luas dan pemain boleh menggunakan lebih daripada 70 senjata dari pistol ke pedang.

Korang boleh dapatkan Shadow Warrior 2 secara percuma di sini!

RELATED NEWS

+