tampil dalam trailer terbaru Cyberpunk 2077."> tampil dalam trailer terbaru Cyberpunk 2077." /> tampil dalam trailer terbaru Cyberpunk 2077." />

Siapakah Keanu Reeves Sebenarnya Dalam Cyberpunk 2077?

Kemunculan Keanu Reeves semasa persidangan Microsoft di E3 2019 semestinya memukau semua audiens (termasuk saya yang menjerit pukul 4 pagi) apabila dia tampil dalam trailer terbaru Cyberpunk 2077.

Ketika Keanu berada di atas pentas E3 2019, dia teruja mengumumkan tarikh pelancaran dan memberitahu perasaan dapat terlibat dalam pembikinan Cyberpunk 2077 tetapi tidak berkata tentang peranan dia dalam game first-person aksi RPG ini. Jom kita kupas siapakah gerangan misteri dilakonsuara oleh Keanu Reeves.

Keanu Reeves pegang watak apa dalam Cyberpunk 2077?

Pelakon terkenal dengan watak sebagai John Wick dan Neo dalam The Matrix ini akan muncul sebagai Johnny Silverhand. Watak dia sebenarnya agak penting dalam jalan cerita Cyberpunk 2077.

Untuk pengetahuan korang, Cyberpunk 2077 adalah adaptasi daripada game ‘pen and paper’ bertajuk Cyberpunk 2020 yang mana korang boleh memegang pelbagai watak hidup di Night City pada tahun 2020 setelah keruntuhan ekonomi negara dan berada dalam tempoh darurat sehinggalah Night City ditadbir sepenuhnya oleh syarikat gergasi.

Johnny Silverhand adalah figura terkenal dalam Cyberpunk. Dia ialah seorang penyanyi dan gitaris Rockerboy daripada kugiran Samurai yang benci akan syarikat Arasaka atas kehilangan lengan dan kematian keluarga serta kawan rapatnya. Dalam trailer terbaru Cyberpunk 2077, kita boleh lihat lengan kiri Johnny digantikan dengan lengan sibernetik berwarna kelabu chrome. 

Penampilan Johnny Silverhand yang menggemparkan

CD Projekt Red pernah acah sedikit tentang Johnny Silverhand semasa demo Cyberpunk 2077 semasa Gamescom 2018. Dalam demo itu, protagonis utama iaitu karakter kita akan main, V sedang mendengar lagu Johnny, Chippin’ In serta memakai jaket Samurai. Apa yang mengejutkan tentang Johnny adalah dia sebenarnya telah lama mati dalam Cyberpunk. Dalam game pen and paper asal, Johnny menemui ajalnya pada tahun 2024, menurut PCGamesN.

Salah satu bukti bagaimana Johnny boleh hidup adalah kerana roh dia tertanam dalam cip V. Johnny yang kita nampak sebenarnya cuma ‘jasad digital’ seperti yang dikatakan oleh ketua pereka quest Cyberpunk 2077, Pawel Sasko melalui PCGamer. Sasko menjelaskan pemain akan merungkai misteri bagaimana Johnny dapat ‘hidup’ dalam Cyberpunk 2077.

Cyberpunk 2020

Sebagai Rockerboy iaitu seseorang yang menggunakan muzik sebagai simbol pemberontakan terhadap dunia Cyberpunk, kita dikatakan bakal mendengar lagu-lagu terkenal kugiran Johnny bertajuk “Chippin’ In” dan “Never Fade Away” dalam Cyberpunk 2077. Runut bunyi Cyberpunk 2077 pula digubah oleh Marcin Przybyłowicz iaitu komposer sama untuk The Witcher 3: Wild Hunt dan mendapat sentuhan bekas pemain drum Guns N’ Roses, Bryan ‘Brain’ Mantia. 

Semoga kita dapat melihat Keanu Reeves, eh, Johnny Silverhand mengeluarkan aura ‘rockstar’ sambil mendendangkan lagu-lagu hits dalam Cyberpunk 2077.

Cyberpunk 2077 bakal dilancarkan pada 16 April 2020 di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+