Silo digantung dari menyertai mana-mana aktiviti dan kejohanan Mobile Legends, menurut Red Esports

Pemain Mobile Legends di bawah organisasi e-sukan Red Esports, Akmal Afi Uzair atau Silo kini tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti dan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang ataupun organisasi lain dari 28 Januari hingga 16 Mei 2021 iaitu selepas tamat kontrak.

Kata RED Esports dalam satu kenyataan, sikap dan perbuatan Silo dianggap tidak profesional dan mereka tidak boleh toleransi kerana kerugian pada syarikat.

Red Esports bagaimanapun tak mendedahkan apakah perbuatan sebenar Silo yang menyebabkan kerugian dan berapa nilai kerugian tersebut.

Buat masa ini penulis menantikan maklum balas dari Red Esports mengenai isu ini. 

Sementara itu, Silo pula mengatakan “Minta maaf saya tak berani kongsi apa-apa,” ketika dihubungi MyGameon.

berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+