Sinar makin malap, Team SMG 2-0 ke atas Team Bosskurr

Walaupun menambah pemain baru, Tettew, namun nasib tak menyebelahi Team Bosskurr apabila tewas di tangan Team SMG, 0-2.

Dalam perlawanan kedua, Team Bosskurr mendahului namun mereka silap percaturan sekali gus tewas pada minit akhir perlawanan.

Perlawanan di kubu Team SMG juga tidak berhasil walaupun ada Lord yang menemani.

Team SMG memerlukan satu lagi kemenangan ke atas Suhaz EVOS esok  untuk melayakkan diri ke playoff.

Sementara itu, Team Bosskurr perlu akur dengan ranking mereka yang kini tercorot dengan skor 1-11. Mereka nampaknya tidak mempunyai peluang cerah untuk ke playoff.

RELATED NEWS

+