Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix
2021-05-04T07:04:38
By: Mikhail Muttaqee

Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix

 

Siri animasi League of Legends yang ditunggu-tunggu akan tiba di Netflix pada suku ketiga tahun ini. 

Siri berjudul Arcane ini telah lama diumumkan oleh Riot Games pada tahun 2019 sebagai salah satu pengumuman baharu untuk ulang tahun yang ke-10 League of Legends.

Namun siri ini telah ditunda ke 2021 disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia.

Berdasarkan treler daripada Netflix, Arcane mengisahkan cerita untuk champion Jinx dan Vi. Mungkin kedatangan karakter dari benua Zaun dan Piltover juga akan dilihat nanti.

Arcane juga adalah strategi baru Netflix untuk menganimasikan atau menghasilkan siri televisyen daripada permainan video seperti cerita-cerita permainan video yang lepas iaitu The Witcher, Castlevenia. Malah pesaing terbesar League of Legends, DOTA 2 juga mempunyai siri animasi sendiri Dragon’s Blood.

Masih banyak yang kita tidak tahu, namun spekulasi cerita dari League of Legends bakal dibesarkan lagi oleh Riot Games.

Sumber rujukan: The Verge 

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Teringin buat game sendiri? Memperkenalkan Game Builder Garage dari Nintendo
1 day ago
Kejohanan Maggi Hot Cup kembali, boleh main Wild Rift dengan Fattahzie dan Biu Biu
2 days ago
Pendaftaran VBL International Series 2021 kini dibuka untuk semua
2 days ago
Epic belanja RM47.7 juta untuk permainan video percuma selama sembilan bulan?
2 days ago
Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China
2 days ago
Zizan Razak jadi duta Free Fire Malaysia