Skater XL akan dilancarkan untuk konsol pada 7 Julai 2020

Sudah lama konsol permainan video tidak menerima permainan video papan roda. Nampaknya sebuah judul baharu daripada Easy Day Studios bakal menamatkan trend tersebut.

Tarikh pelancaran Skater XL untuk PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One akhirnya telah diumumkan. Ia akan tiba di konsol-konsol tersebuut pada 7 Julai 2020. Sebelum ini, judul ini hanya dilancarkan untuk PC di Steam dalam bentuk early access.

Ciri paling unik dalam Skater XL ialah segala trick yang boleh dilakukan bergantung kepada daya pemikiran pemain sendiri. Kedua-dua batang analog digunakan untuk mengawal pergerakan kaki semasa menggunakan papan roda.

Judul ini juga menampilkan beberapa skater terkenal seperti Tiago Lemos, Brandon Westgate, Evan Smith, dan Tom Asta. Jenama-jenama sebenar seperti Dickies, New Balance, Emerica, dan banyak lagi juga termasuk dalam Skater XL.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+