Skin epic baharu Mobile Legends diinspirasikan daripada Manny Pacquiao

Ikon sukan tinju Filipina, Manny Pacquiao dikhabarkan akan mempunyai skin dalam Mobile Legends: Bang Bang, diinspirasikan daripada dirinya sendiri.

Skin Epic tersebut adalah untuk hero Paquito yang juga diinspirasikan oleh Pacquiao.

Ia hanya boleh didapatkan di pasaran Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura. Yang menariknya, skin ini akan mempunyai audio dari pelakon suara Filipina. 

Seperti yang kita tahu, Paquito adalah hero yang paling banyak kali digunakan di pentas profesional dan kerap dikenakan ban. Hero ini mempunyai keupayaan berlawan yang hebat dan cooldown rendah.

Bagi peminat Paquito dan Pacquiao, skin baharu ini akan hadir pada 13 April kelak.

RELATED NEWS

+