Skin Ryu dan Chun-Li diperkenalkan dalam Fortnite
2021-02-22T02:01:32
By: Burhanudin Zamri

Skin Ryu dan Chun-Li diperkenalkan dalam Fortnite

 

Epic Games telah mengumumkan dua skin baharu dalam Fortnite dari siri permainan Street Fighter. Dua skin tersebut adalah watak Ryu dan Chun-Li. Kedua-duanya kini boleh dibeli di Item Shop dan terdapat juga beberapa barangan estetik lain.

Selain daripada pakaian biasanya, Ryu juga akan hadir bersama satu lagi pakaian Battle yang nampak lebih ganas. Anda juga akan memperoleh Traning Bag Back Bling dan emote “Shoryuken!” apabila membeli skin Ryu.

Sama seperti Ryu, Chun-Li mempunyai dua pakaian berbeza. Satu adalah pakaian biasanya dan satu lagi adalah pakaian Nostalgia. Dua item yang hadir bersama Chun-Li ialah Super Cab-Masher Back Bling dan emote “Lightning Kick!”. Terdapat juga Seven Star Flashing Flail Pickaxe yang direka untuk Chun-Li tetapi ia dijual secara berasingan.

Kedua-dua watak ini merupakan hasil daripada kolaborasi Epic Games bersama Capcom. Mereka adalah skin terbaru dan sebelum ini Epic Games telah memperkenalkan skin pelbagai adiwira Marvel, watak-watak Star Wars, dan banyak lagi.

Sumber: Epic Games

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Isu Vokey: “Jangan keterlaluan sampai melibatkan keluarga,” – Aiman Wafiy
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX hampir ke SEA Final, beza hanya 5 mata dengan Team Secret
3 days ago
Geek Fam MY guna pemain senior lawan Suhaz EVOS, 2-1
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat
4 days ago
PMPL: Yoodo Gank bukan lagi tempat pertama, slot SEA akan jadi milik pasukan lain
4 days ago
Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi