mengeluarkan satu kenyataan yang mana syarikat gergasi Jepun ini sedang menyemak semula polisi syarikat terutamanya berkenaan cross-play multiplayer."> mengeluarkan satu kenyataan yang mana syarikat gergasi Jepun ini sedang menyemak semula polisi syarikat terutamanya berkenaan cross-play multiplayer." /> mengeluarkan satu kenyataan yang mana syarikat gergasi Jepun ini sedang menyemak semula polisi syarikat terutamanya berkenaan cross-play multiplayer." />

Sony Akhirnya Memberi Laluan Kepada Cross-Play, Bermula Dengan Fortnite

Sony Interactive Entertainment (SIE) mengeluarkan satu kenyataan yang mana syarikat gergasi Jepun ini sedang menyemak semula polisi syarikat terutamanya berkenaan cross-play multiplayer.

Presiden SIE, John Kodera mengumumkan Sony akhirnya tunduk kepada permintaan peminat untuk membuka laluan cross-play kepada semua pemain daripada pelbagai konsol untuk bermain bersama-sama di konsol PS4.

Langkah pertama diambil oleh Sony adalah mewujudkan open beta bagi Fortnite yang menghubungkan segala game progression dan sistem kewangan merentasi seluruh sistem PS4, Android, iOS, Nintendo Switch, Xbox One, PC dan Mac.

“Kami melihat beta Fortnite sebagai satu peluang untuk mengendalikan platform percubaan bagi memastikan kami memberikan permainan cross-play terbaik di PlayStation dengan mengira masuk pengalaman pengguna dari persepktif teknikal dan sosial,” kata Kodera.

Setelah sekian lama enggan membuka cross-play sehingga dikecam oleh pihak Xbox, game developer dan ramai pengguna, ini adalah satu petanda besar bahawa kebolehan cross-play antara pelbagai platform bakal direalisasikan.

Sony akan umumkan tarikh open beta dan game lain berpotensi bagi menerima sokongan cross-play dalam jangka masa terdekat. Kami rasa Rocket League akan dapat cross-play pula selepas ini. Apa pula pendapat korang?

RELATED NEWS

+