Sony kurangkan 4 juta unit PS5 untuk pengeluaran fasa pertama

Nampaknya Sony terpaksa mengurangkan jumlah unit konsol PlayStation 5 (PS5) yang akan dikeluarkan apabila konsol tersebut dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Perkara ini dilaporkan oleh Takashi Mochizuki dan Debby Wu dari Bloomberg. Mereka menyatakan Sony menurunkan bilangan unit pelancaran PS5 sebanyak 4 juta unit (15 juta ke 11 juta).

Menurut sumber yang dihubungi dua orang penulis tersebut, keputusan ini dibuat kerana terdapat masalah pengilangan berkenaan rekaan khas sistem-pada-cip konsol PS5.

Jika apa yang dilaporkan oleh Bloomberg adalah benar, maka tidak ramai peminat PlayStation akan berpeluang memiliki PS5 pada hari pelancaran.

Jika anda benar-benar mahu memiliki sebuah PS5, pastikan anda pra-tempah konsol tersebut (bila pesanan pra-tempah dibuka). Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang Sony akan umumkan di pembentangan PS5 Showcase pada hari Khamis ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+