Sony: Lebih 4,000 Permainan Video PS4 Boleh Dimainkan Di PS5
2020-03-23T04:07:04
By: Burhanudin Zamri

Sony: Lebih 4,000 Permainan Video PS4 Boleh Dimainkan Di PS5

 

Pada minggu lepas, sebuah video pembentangan PlayStation 5 (PS5) dikeluarkan oleh Sony. Dalam video tersebut, Mark Cerny (ketua arkitek PS5) menerangkan pelbagai ciri-ciri PS5 termasuk penggunaan SSD, keserasian belakang (backwards compatibility), dan banyak lagi.

Untuk menjelaskan aspek keserasian belakang PS5, Sony mengemaskini kenyataan mereka di PlayStation Blog. Mereka menegaskan bahawa PS5 mampu main kebanyakan permainan video PS4 yang berjumlah melebihi 4,000 judul.

Topik keserasian belakang yang diterangkan oleh Mark dalam video minggu lepas menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat permainan video. Pada waktu itu, beliau menyebut “hampir kesemua 100 permainan video paling popular di PS4 boleh dimain di PS5 pada waktu pelancaran”.

Kenyataan tersebut membuatkan ramai orang mempersoalkan kebolehan PS5 untuk main judul PS4. Adakah ia mampu main kesemuanya seperti mana Xbox Series X mampu main semua permainan video Xbox One atau hanya judul-judul PS4 tertentu?

Dengan kenyataan baharu ini, nampaknya mereka yang ingin membeli PS5 kini lebih yakin dengan keserasian belakang yang terdapat pada konsol tersebut.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Game Percuma PS+ April 2020 – Uncharted 4 Dan Dirt Rally 2.0
4 days ago
[Review] My Hero One’s Justice 2 – Khas Untuk Peminat BnHA
5 days ago
Komik God of War: Fallen God Ceritakan Kisah Antara God of War III Dan God of War (2018)
6 days ago
Trailer Pertama Game PS4 Kimetsu No Yaiba Dikeluarkan
6 days ago
Call Of Duty: Warzone Kini Catat 30 Juta Pemain Dalam Hanya 10 Hari
6 days ago
Demo Moving Out Dilancarkan, Boleh Dimainkan Empat Orang