Sony Menunjukkan PS5 Load Lebih Pantas Berbanding PS4 Pro, Kurang Dari Satu Saat!

Selamat tinggal, loading screen.

Sebuah video yang dimuat naik oleh wartawan Wall Street Journal, Takashi Mochizuki memaparkan kepantasan loading Marvel’s Spider-Man kurang daripada satu saat menggunakan PS5 baru. Saksikan di bawah:

Kepantasan ini sejajar dengan apa yang didedahkan oleh jurutera dan artikitek utama konsol PlayStation, Mark Cerny tentang konsol terbaru daripada Sony melalui temuramah bersama Wired.

Keupayaan loading secara laju ini dipacu oleh SSD disertakan dalam PS5 yang mana membolehkan ia mengambil pemprosesan data dunia Spider-Man menjelajah bandar New York secara terperinci dan lebih cepat dalam masa 0.8 saat berbanding PS4 Pro iaitu mengambil sebanyak 8.10 saat.

Pada masa yang sama, konsol PS5 akan menyokong backwards compatibility iaitu korang boleh main game PS4 menggunakan konsol baru kerana PS5 berkongsi ciri-ciri rekaan sama. PS5 juga masih lagi menerima cakera blu-ray fizikal dan menyokong PSVR.

The Last of Us Part II

Walaubagaimanapun, Sony masih lagi tidak mendedahkan sama ada game eksklusif yang dinanti-nantikan oleh pemain seperti Death Stranding, The Last of Us Part II dan Ghost of Tsushima akan hadir ke PS5.

Meskipun PlayStation mengesahkan bahawa mereka tidak akan hadir untuk E3 tahun ini, mereka tampil dengan rancangan State of Play yang mengumumkan game bakal hadir ke konsol-konsol PlayStation. Baru-baru ini, State of Play menonjolkan trailer terbaru Final Fantasy VII, Monster Hunter World: Iceborne dan banyak lagi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+