Spesifikasi PC untuk Assassin’s Creed Valhalla kini didedahkan
2020-10-15T07:13:00
By: Hazril Md Nor

Spesifikasi PC untuk Assassin’s Creed Valhalla kini didedahkan

 

Assassin’s Creed Valhalla adalah permainan baru dalam siri ini yang akan dilancarkan di Xbox Series X dan PlayStation 5. Ia juga akan dilancarkan di PC dan nampaknya pelbagai tetapan boleh digunakan mengikut tahap kehebatan hardware di PC anda.

Sebagai contoh, GTX 1080 adalah diperlukan untuk bermain dengan tetapan HD penuh / kadar bingkai tinggi (60 fps). Ia juga boleh dimainkan dalam resolusi Ultra 4K dengan kadar bingkai 30 fps.

Dalam Valhalla, anda menjadi seorang Viking bernama Eivor dan anda akan meneroka dunia lampau British pada tahun 873 sebelum Masihi. Ia mengekalkan elemen utama dalam Asassin’s Creed seperti dunia terbuka, misi utama dan sampingan, pemilihan dua jantina dan gameplay yang lebih licik.

Valhalla juga menawarkan pemain gambaran masa lalu seperti senjata dan dunia mistik yang belum pernah diteroka sebelum ini.

Ia akan dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 10 November ini.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
God of War menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di PlayStation 5
2 days ago
Komputer riba Razer Blade 15 dan Razer Blade Pro 17 diumumkan untuk pasaran Malaysia
2 days ago
[Review] Hades – sekali main, takkan berhenti!
3 days ago
MPL: “Tahniah untuk Ashi dan kawan-kawan yang lain di Todak,” – Nenas
3 days ago
Sekiro: Shadows Die Twice | Game of the Year Edition diumumkan
3 days ago
Apex Legends akan tiba di Steam pada 5 November