Spesifikasi PC Untuk Sekiro: Shadows Die Twice Didedahkan

Activision mendedahkan spesifikasi untuk Sekiro: Shadows Die Twice untuk platform PC. Ini adalah spesifikasi minimum dan maksimum:

Minimum
OS: Windows 7 64-bit | Windows 8 64-bit | Windows 10 64-bit
Processor: Intel Core i3-2100 | AMD FX-6300
Memory: 4 GB RAM
Graphics: Nvidia GeForce GTX 760 | AMD Radeon HD 7950
DirectX: Version 11
Network: Broadband Internet connection
Storage: 25 GB available space
Sound Card: DirectX 11 Compatible

Recommended
OS: Windows 7 64-bit | Windows 8 64-bit | Windows 10 64-bit
Processor: Intel Core i5-2500K | AMD Ryzen 5 1400
Memory: 8 GB RAM
Graphics: Nvidia GeForce GTX 970 | AMD Radeon RX 570
DirectX: Version 11
Network: Broadband Internet connection
Storage: 25 GB available space
Sound Card: DirectX 11 Compatible

Spesifikasi minimum untuk Sekiro adalah lebih tinggi sikit berbanding Dark Souls III. Untuk Sekiro, korang perlukan samada Intel Core i3-2100 atau AMD FX-6300 yang digandingkan dengan 4GB RAM dan juga Nvidia GeForce GTX 760 atau AMD Radeon HD 7950 GPU. Korang boleh rujuk resolusi sesuai dan juga framerate untuk kedua spesifikasi ini di laman Steam.

Sekiro lebih berlainan sedikit berbanding siri Dark Souls. Ia mencabar tapi juga boleh dimenangi dengan taktik-taktik tertentu. Ia memfokuskan sistem yang menggunakan guard breaks dan juga mekanisme di sebalik parkour dan stealth. Protagonisnya, The Wolf juga boleh bercakap dan naratif (jalan cerita) akan lebih ditekankan di sini.

Sekiro: Shadows Die Twice akan dilancarkan pada 22 Mac di Xbox One, PS4 dan PC.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+