Spider-Cat akan bantu anda dalam Spider-Man: Miles Morales
2020-10-15T02:41:12
By: Burhanudin Zamri

Spider-Cat akan bantu anda dalam Spider-Man: Miles Morales

 

Seekor kucing comel yang digelar Spider-Cat akan menjadi sidekick anda dalam Marvel’s Spider-Man: Miles Morales. Penglibatan rakan haiwan tersebut didedahkan oleh GameInformer yang kini sedang melakukan laporan eksklusif mengenai permainan itu selama sebulan.

Nampaknya nama sebenar kucing tersebut ialah “Spider-Man” tetapi penulis percaya ia diberi gelaran Spider-Cat agar ia tidak mengelirukan para pemain dan peminat Spider-Man. Pemilik kucing tersebut yang memberikannya nama “Spider-Man” dan dia menganggap Miles Morales sebagai “Spider-Man yang lain”.

Selain daripada menjadi peneman yang comel, Spider-Cat juga akan membantu Miles ketika melakukan finishers. Satu butiran yang agak menarik ialah Spider-Cat juga memakai topeng Spider-Man.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan dilancarkan untuk PlayStation 4 (PS4) dan PlayStation 5 (PS5) pada 12 November tahun ini. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
God of War menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di PlayStation 5
2 days ago
Komputer riba Razer Blade 15 dan Razer Blade Pro 17 diumumkan untuk pasaran Malaysia
2 days ago
[Review] Ghostrunner – permainan parkour yang hampir sempurna
3 days ago
MPL: “Tahniah untuk Ashi dan kawan-kawan yang lain di Todak,” – Nenas
3 days ago
PlayStation melantik Travis Scott sebagai Rakan Kreatif Strategik
3 days ago
Sekiro: Shadows Die Twice | Game of the Year Edition diumumkan